Monday 27 May 2013

Manja. Manja.


Bismillah. Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin! Sudahkah anda pakai baju colur-colour citrus hari ini untuk mengelakkan 'Monday Blues?'. Anda tak faham. Ok, baca previous entry. Malas nak explain. Hehe. 

Hari ini ayuh kita bebicara mengenai MANJA!! Haha. Baru nak cita. Sebelum ni saya ada cerita pasal Manja kan? Manja kan ada bagai. Manja Manja Manja! Sape Manja? Sape?

Ok. Cool down semuaa. Ni nak cerita la ni. Sabaq naa. 

Manja ni my ‘wedding planner’ (kot). Boleh dikira macam tu la kan? Dah dia yang sediakan pakej-pakej kawen bagai kan? Ke orang panggil apa? Ahhh. Tak kisah la orang panggil apa pun. Haha. Beliaulah mak (pak) andam dan sebagainya. Kenal Manja sebab beliau adalah wedding planner untuk majlis abang sepupu saya, diturunkan pula kepada adik beliau dan diturunkan pula kepada saya. Hoho. Ni dah macam salasilah keluarga ni. Kakak yang suruh amek dengan Manja sebab baju pengantin untuk pengantin lelaki diorang berkenan. Hah? Sebab tu je? Yup,sebab tu je. Maaflah! Bukan tengok baju pengantin perempuan tapi tengok baju pengantin lelaki. Tahukah dikau adikmu ini perempuan? Kenapa tengok baju lelaki? Ok,kecik hati sekarang. Haha. Tak tak. Ok je. Malas nak fikir lagipun. Amek jela dengan Manja. Manja ni la yang kenalkan kami dengan Ezuwan Ismail tu walaupun dia sendiri pun belum jumpa Ezuwan tu. Deal by phone je. Haha. Kitorang pulak yang dah jumpa, dah gossip gossip, dah gurau gurau dengan Ezuwan tu (eh?).

Manja ni dah jumpa dari bulan 2 lagi tak silap. Cop awal-awal ye kawan-kawan. Nanti mak pak andam ni cop lambat-lambat dah full. Kalau full nangis la anda.  Hehe. Rumah dia kat Pasir Putih. Dia takde kedai-kedai ni. Semua barang ada kat rumah. Haha. Time jumpa ni tengok-tengok baju pengantin, discuss pasal pelamin, pakej, harga, semualah! Saya siap bawak contoh gambar-gambar pelamin yang saya nak kat Manja. Google kawan kawan. Google! Haha. Banyak contoh-contoh pelamin kat En.Google ni.

Ni contoh-contoh pelamin yang saya nak.


Yang ni saya nakkk sangattt. Nak sangattt! Tapi semua orang cakap simple+akad nikah boleh la + bla blaa blaaa.


Yang ni pun boleh dikira nak jugee. Sebab berkenan bunga-bunga yang banyak itu. Cantik!


Yang ni nak sebab gambar-gambar kat belakang+deco dia cantik. Kan? 


Yang ni pun nak sebab putih. Cantik!


Yang ni sebab kerusi+deco dia. Simple+nice.


Akhirnya! Dipersetujui ramai tapi nak deco-deco la sikit nanti. Manja tahu la. Dia explain bagai pun saya dah lupa dia explain ape --"


InsyaALLAH . Mintak mintak jadi macam ni la yerr.

Manja nak datang pasang pelamin suma 29hb nanti. Berdebar pun ada ni. Takut lain dari yang digambarkan. Haha. Takde la. Sekarang semua benda macam dah tak kisah sangat dah. Yang penting semua lancar. Majlis pun lancar. Ya ALLAH, permudahkanlah. Amin.


Btw, lagi 4hari uolss. Sampai sejukkk jari iolss ni. Bukan sebab berdebar. Tapi kat office ni sejuk sangat! LOL



Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Thursday 23 May 2013

'Dugaan' kecik je


Bismillah.

Cabaran penuh liku, lazimnya kan berlalu. *Lagu Cinta Di Akhir Garisan berkumandang.. Hari ni 15 May 2013, one of my friend/my bridesmaid sebenarnya cakap tak dapat datang! Ok. Terkilan. Speechless. Tak tahu tindakan apa patut dibuat. Lost. Saya berkawan dengan dia bukan nya sebulan dua. Dah masuk 7/8tahun. Sapa tak sedih kan? Belajar diploma sekali. Degree sekali. Duk sewa rumah diploma dan degree sama. Tup-tup tak dapat datang majlis? Sedih gila kot! Wah kau! Kemain lagi over. Tapi betul la. Mana nak cari instant-bridesmaid? Mana nak cari kain lagi? Mana nak cari tukang jahit less than 1week?  Mana? Mana? Mana? *gema.

Try call Mimi which is kawan UTeM and one of my bridesmaid jugak untuk  mintak pendapat. Mintak idea sebab lost kan tadi kan. So, kami telah sepakat nak lantik (wah lantik? Macam lantik pengawas kat sekolah kan) Siti Sabariah Bt Sabri sebagai my new bridesmaid *clap clap clap. Brilliant idea! Ting! Tapi (Kenapa mesti ada tapi? Kenapa?) bila ditanya kat Saba, beliau cakap macam tak sempat nak jahit bagai. Saba, positif Saba! Positif!. Dia nak tanya mak dia dulu katanya. Then dia cakap pos je dulu kain tu. Baiklah Saba. Aku pos nanti bila dah dapat kain. Wuu

Saya dengan Incik pergi cari kain kat area Jalan Tar tu lagi sekali pada 18 May 2013. Bayangkan lebih kurang dua minggu nak majlis baru nak pergi cari kain. Malam sebelum tu Incik dah pergi kedai Kamelia cari kain. Tapi takde! Esoknya saya pergi cari kat kedai lain tapi still takde. Last-last pergi kedai Kamelia untuk cuba nasib buat kali terakhir. Huu. Tragisnya cerita. Sekali pergi tunjuk gambar kain ada laaa!! Saya nak nangis kegembiraan dah tapi tak jadi sebab memikirkan masa depan negara. Tak boleh main nangis kat kedai orang macam tu je. Nak nangis pergi cari tempat yang ok sikit Ros! Dah la dulu dah nangis kat kedai ni. Sudah-sudah la tu. Abang kedai tu cakap ada orang hantar balik kain tu. Orang tu amek kain lain la maksudnya. Ya ALLAH! Rezeki kami. Alhamdulillah! Syukur sangat! Tapi lepas ni kalau sesapa bridesmaid saya yang tak jadi datang saya memang pasrah je. Saya dah tak kisah. Plan dah lama kalau tak jadi tu di luar kawalan kita la kan? ALLAH Maha Mengetahui. Takpe je. Syukur dengan apa yang ada dan moga majlis lancar. InsyaALLAH.  Tu je doa saya sekarang.  Saba pun dah cakap boleh hantar kain kat tukang jahit. Alhamdulillah.

Ok. Sekarang semua benda 90% (kot) dah settle. Kesian kakakku sama Umi. Banyak tolong hoii. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Tinggal barang-barang kenduri kat rumah + PA system dan DJ. Abang saya sibuk nak DJ bagai. Saya macam takde la kisah sangat ada DJ ke tak sebab kalau ikutkan nak pasang lagu je. Biar je anak buah yang tengok-tengok. Tapi dia kata ada DJ macam meriah sikit. Ada orang cakap-cakap. Haha. Dia ada bagi no. telefon 2 orang yang buat bisnes DJ ni. Tapi dua-dua tak available. So, nak buat macam mana. Terpaksa la guna PA System je. 

Ahad petang sebelum balik Shah Alam Incik belanja makan Pulut Mangga. Cari dari pagi kat Kg. Baru, petang baru dapat. Nama kedai saya dah lupa. Kat kedai dia ada banyak bubur kalau petang. Orang kelate. Kena la dengan iolss. Haha. Ni baru terasa nak makan. Kalau mengidam nanti macam mana la kan sayang kan? Hiks. Tq Sayang!

Pulut Mangga kesukaan ramai saya. :)

Dan abangku nak sponsor aiskrim!! Saya suka lah kalau ada yang nak sponsor monsor ni. So, time majlis nanti ada aiskrim lah! Aiskrim yang orang jual guna motor tu. Yang anak buah saya selalu sangat beli tiap kali motor aiskrim lalu depan rumah. Sanggup tunggu pakcik tu pusing balik walaupun pakcik tu memang dah tak pusing sebab dia lalu jalan lain. Haha. Kanak-kanak kesayangan nih!! Nanti kalau aiskrim ada time majlis rasanya orang lain takde nya melainkan anak-anak buah saya. Haha. Semoga semua berjalan dengan lancar. Amin.

Till then. Assalamualaikum.

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Tudungs


Bismillah.

Tudung untuk akad nikah+bertandang.

Kalau nak cerita pasal tudung akad nikah dengan tudung bertandang ni pun kisah sedih jugak. Susah hoii nak cari tudung-tudung ni. Dah banyak kedai saya survey. Saya cari. Semua shoplot tudung kat Seksyen 7 Shah Alam ni dah cari. Tapi still tak jumpa/takde colour sesuai/tak berkenan. Kalau dah nak guna untuk akad nikah dan bertandang kenalah pilih yang sesuai kan. Kalau selendang nak pakai untuk hari-hari biasa senang je nak beli kan. Saya nak cari tudung colour mint green untuk akad nikah dan brown untuk bertandang.

Saya ada 'ter'beli tudung kat online jugakk ye kawan-kawan. (online lagi?). Suka nau beli online. Huu. Tindakan luar kawal bila beli 3 tudung sekaligus. Niat nak pakai time sanding, outdoor dan bertandang. Niat jelaa. Cantik-cantik. Kain dia ok. Saya beli selendang tapi tepi macam half moon. Beli 3 tapi end up pakai satu je. InsyaALLAH pakai time bertandang nanti. Tengok dulu lah macam mana. Kalau nak tengok-tengok boleh tengok kat sini. :)

Satu hari tu pergi Jalan Tar. Nak beli apa pun saya dah tak ingat. Pergi sebab nak beli kain untuk bridesmaid tak silap. Haha. Terus survey untuk tudung. Sekali lalu dekat kedai nama Zaliana. Kedai tu takde signboard pun. Saya tahu sebab kakak kedai tu bagi business card dia. Kedai dia kat tepi-tepi jalan. Area pasar malam hari Sabtu. Saya jumpa kedai tu pun sebab saya main masuk je semua kedai yang jual tudung kat situ. Nasib baik jumpa! Lega sangat. Tapi… ada colour brown je. Kat kedai kakak tu takde colour mint green. Dia cakap kitorang boleh cari tudung kosong then hantar kat kedai dia untuk dia letak lace dan manik suma. Baiklah kakak! Oleh kerana kakak sangat baik saya akan cari tudung colour mint green tu! Baiklah!

Maka, misi mencari tudung colour mint green bermula. Saya rasa satu Jalan Tar saya cari. Semua kedai saya tanya (perumpamaan). Lastly jumpa tudung kat mana tahu? Kedai depan kedai kakak tadi! Betapa marahnya saya. Haha. Tapi oklah. Akhirnya penyeksaan saya berakhir. Terus hantar kat kakak tu. Seminggu dah siap. Alhamdulillah! Tudung untuk bertandang dan akad nikah dah settle. Alhamdulillah! Gambar takde sebab tudung suma dah ada kat kampung. Haha. Maaf!

Oklah! Till then. Tata.


p/s: Sedar tak sedar lagi seminggu saya hidup sebagai seorang single mingle around (Eh?). Ahaiii ;)


Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Polka Dot dan Button Badge

Bismillah. Morning!

Masih lagi hal-hal nikah kawen. Hehe.


Kain for bridesmaid and button badge.

Bismillah. Hari ni mari kita bercerita mengenai kain untuk bridesmaid dan button badge ye. Kain ni saya dah tengok-tengok sebelum ni kat Jalan Tar/Jalan Masjid India. Ada satu kedai kain, Kamelia namanya jual semua kain cotton. Japan cotton/English cotton pun saya dah lupa+tak tahu macam mana nak beza. Saya ada tanya tapi manusia short term memory macam saya ni mana nak ingat melainkan saya tulis. Huu. Maafkan saya. Tapi kat kedai ni memang pening kalau tengok kain cotton dia. Semua macam nak beli walaupun kain cotton kosong. Mungkin sebab macam-macam colour kot. Macam-macam corak lagi. Ditambah pulak dengan saya yang macam—macam mahu beli ni kan? Niat sebenar nak beli kain polka dot kuning kat 9 orang bridesmaid saya. By the way bridesmaid saya 9 orang. Haha. Tamak kann??

Saya plan nak kain ni sebenarnya, tapi malangnya.. :nanges:

Polka dot kuning :'(

Time kali ke-2, 2 March 2013 pergi untuk beli kain-kain ni tanya kakak tu (tak tahu la dia ke Kamelia sebenar atau tidak) dan dia cari polka dot kuning hanya ada sepasang! SEPASANG?! Mana boleh sepasang! Saya nak 9 pasang kak!! Maka terjadilah trajedi airmata di kedai itu. Perempuan ni mana-mana pun dia boleh gelak dan mana-mana je dia boleh nangis. Contoh mana-mana je kat kedai Kamelia ni la. Iolss nangis uolss. Seriously saya rasa macam tak tahu nak buat apa. Call semua 9 orang bridesmaid saya cakap kain colour tu dah takde bagai (sambil nangis). Haha. 9 orang kena call! Masing-masing ada colour yang tak nak/tak suka. Haha. Kadang-kadang lawak jugak. Last-last dorang semua macam pasrah sebab sebelum tu saya ada pilih colour peach+pink. Tapi..trajedi lagi bila ada 7 pasang je colour tu. Mahu nya tak nangis kan? Saya dah plan nak suruh dorang pakai polka dot kuning. Semua dah setuju. Sekali takde! Nak colour peach tu pun tak cukup! Last-last bila melalui proses bertenang selama setengah jam (over kau!) saya start cari colour yang sesuai dengan majlis nanti. 9 orang tu pun dah macam tak kisah sambil pesan taknak colour pink/purple. Haha. Baiklah! Tak pilih colour tu. Baiklah! :D

Last-last saya pilih colour grey. Nasib baik cukup 9 pasang. Huwaaa.


So, ni lah polka dot grey tu. 




Ok tak? Ok? Tak? Takpe la. Saya harap 9 orang dayang-dayang ni puas hati. Maafkan saya kawan-kawan. Saya lagi sedih sebenarnya.

Ini diselitkan sekali gambar pembahagian harta kain kat MidValley beberapa bulan lepas. Haha

Dari bawah: Mimi, Bride 2 Be, Dania, Azah

Ok. Settle hal kain untuk bridesmaid. Sekarang kita cerita pasal button badge pulak ok?

Button badge saya beli online(lagi?) je. Yups, semua nak online sekarang. Tak jumpa pun. Deal by email je. Ok la kan? Tak habis masa banyak sangat. Ni website dia. Tay Art & Trading. Nanti kalau nak beli boleh la deal ngan dorang. Harga button pun murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Saya google design apa yang saya nak then tunjuk kat beliau through email of course. Saya beli untuk dua-dua belah family sekaligus. Nanti nak paksa semua kakak/abang/kakak ipar/abang ipar/umi pakai button time hari sanding. Haha. Mesti comel tengok diorang pakai. :D

Maka, inilah hasilnya.

 My family side

Incik's side

Oklah! Tu je nak cita pasal kain dan button. Tata


p/s: Maaf. Gambar takleh nak rotate. :'((

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.




Wednesday 22 May 2013

Guest Book, Wedding Tree sama itu Bubble Talk lah!

Bismillah.
Entry ke-3 pada hari ini. Ini betul-betul takde keja. Seriously!

Guest book

Sebenarnya guest book ni ada kisah tersembunyi. Wohoho. Bunyi macam cerita uncle seekers pun ada ni. Actually, mintak tolong Fathiah kawan sekolah menengah buatkan. Tapi bila ditanya tak buat lagi, bila ditanya tak buat lagi. Hee. Tapi takde la sampai kecik hati bagai. Kesian jugak kat dia kan. Macam dia takde keja lain nak dibuat. Nak datang majlis pun dah dikira syukur (paksa datang sebenarnya). Saya jumpa tukang (dah macam tukang rumah dah) buat guest book ni kat facebook. Ramai kan yang berniaga  online sekarang. Jumpa pun sebab my cousin ada order dengan dia jugak. Haruslah tagging-tagging kan. Dari situ la kenal si  tukang guest book ni. Facebook beliau Setem Design Works. Namanya Nadia. Orang ganu jugakk :D


Hari ni (24 April 2013), saya dah dapat guest book. Hoyeahhh! Guest book yang didatangi bersama bubble talk+wedding tree. Hoyeahhh!! lagi sekali. Sebenarnya beli sekaligus. Beli pakej. Senang deal dengan Nadia ni. Jumpa dia sebulan awal (kot), discuss design guest book, wedding tree and bubble talk, proceed. Tapi Nadia ni kadang-kadang dia up benda-benda baru kat Facebook tau. So,sila tahan godaan. Jangan jadi macam saya yang tetiba nak tukar design, tetiba nak tambah bubble talk yang super cute, tetiba nak tukar colour guest book. Nasib baik dia ok je. Layan aje. Thanks nadia. Jasamu dikenang. :D

So, ini hasilnya.

 Ni wedding 'tree' namanya. Tapi bukan tree yang dipilih. Wedding 'Love' :D


Didatangi dengan thumb print colour oren dan merah. :)


Guest Book. Ini baru rare! Haha.


Mukasurat pertama.


Kat dalam. Ada 50 pages.


Bubble Talk.


Kolaborasi. Bergabung!

Ok. Guest Book sudah selesai! Till then.

Btw, tak tahu macamana nak rotate gambar. Maaf! :(


Sicerely, 
Si cantik manis disukai ramai.

Goodies dan kain hantaran

Bimillah.

Kan? kan? kan? Terus update lagi. Hari ini mungkin blog akan bersinar sebab mungkin saya terlebih rajin untik mengilap 'beliau' dengan sekerap yang boleh. Tahniah kepada saya!


Ok. Sekarang mari kita bercerita mengenai goodies. Goodies saya beli kat Kota Bharu. Kat Pasar Siti Khadijah. Kat sini goodies dia suma murah-murah. Kita kena pandai survey. Dah survey maka dapatlah harga murah. Kawan yang suggest beli kat Pasar Siti Khadijah ni. Haruslah dia orang Kota Bharu kan. Tima kaseh Wani dan Zeera. Zeera ni kawen time cuti raya cina hari tu. So, dia macam berpengalaman sikit la kan. Wani ni kakak ipar Zeera. Keja kat tempat yang sama. Hoho. Kedai abang ni senang je nak jumpa. Dekat pintu No. 2. Kedai Syamsuria. Nanti kalau dah pergi kena tanya orang. Tapi memang senang nak jumpa.

By the way, goodies-goodies ni kalau beli kat Kota Bharu dekat dengan rumah. Senang la nak datang lagi kan. Memula pergi Incik beli goodies untuk majlis sebelah dia je. Beli ape ek? Mug kecik-kecik tu tak silap. Beli dalam 400pcs tak silap. Haha. Short term memory. LOL.  Saya dan kakak hanya tengok-tengok goodies yang patut kitorang beli nanti.

Kali kedua datang barulah kitorang decide untuk beli plaque (betul ke tak nama dia ni? Entahlah), bekas telur dan order bunga telur. Bunga telur takde lagi sebab saya nak kaler oren+dark grey kan. Terpaksa datang lagi dan amek bunga telur. Pergi dengan kereta abang makanya, penuh la satu kereta dengan goodies. Kesian anak buah duk kat belakang. Sempit sebab goodies je. - -“

Ni kat seat belakang :( 

Ni kat bonet belakang

Pastu pergi Jakel sebab kakakku nak tengok kain untuk family kitorang. Dengan tidak semena-mena orang Jakel tu bawak pergi kat bahagian lace *pengsan!. Dan dengan tidak semena-mena saya beli kain untuk hantaran! Hantaran dah settle untuk sebelah lelaki sebenarnya tapi hantaran saya still lagi tak cukup 1 kalau tak silap saya (Hoi tu pun tak ingat ke?). So saya just tambah lace dan kain untuk satu hantaran yang Incik sepatutnya bagi kat saya. Maka barang hantaran saya dah cukup! Yeayy! Jakel kan kat tempat lace-lace ni dia terus didatangi dengan pakej. So, saya beli kain saya+lace+kain Incik+sampin. Boleh buat untuk raya nanti. Hehe.

Ni kain hantaran sayeeww. Kain Incik colour dark purple.  

Ni kain untuk kakak nak pakai time akad nikah saya. Family pakai colour ni time akad nikah.

Untuk goodies nak bagi kat kawan-kawan saya beli botol kaca yang kecik tu. Beli dalam 200pcs kat Jalan Chow Kit. Nama kedai Vivian. Incik pun beli bekas hantaran beliau kat Chow Kit ni. Bekas hantaran ni kitorang decide nak beli yang ada stand tu. Senang sikit kan nanti. Bekas hantaran Incik beli 8pcs. RM10/pcs. Murah sebab kitorang tengok kat tempat lain semua macam more than RM10. Paling murah pun RM12 tak silap. Botol tu RM1.00/pcs. Ok la kan. Goodies yang lain pun dorang dapat plus botol-botol kecik skali dengan biskut warna-warni kat dalam. Jangan nak mintak lebih-lebih ok. Haha. Bekas letak gula-gula pun saya beli kat sini jugak.  Murah je RM140/1000pcs. Bekas gula-gula ni didatangi dengan warna kuning dan grey polka dot. Yeayy!

Ok. Hal-hal goodies dan hantaran dah settle. Alhamdulillah. Tata

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Perihal kasut sanding dan sebagainya

Bismillah. Assalamualaikum.

Selagi ada masa dan tahap kerajinan berada pada tahap maksima, selagi tu kita akan update blog. Sekian. Woraitt. Kali ni kita akan berbicara mengenai kasut sanding dan yang lain-lain jugee. 

11 May 2013, berbekalkan keazaman yang tinggi menggunung, kami telah berjaya pergi ke Berjaya Times Square dan IKEA *suka dan berjaya sangat kan! Pergi T.S semata-mata nak beli kasut for sanding dan mungkin boleh guna untuk akad nikah+outdoor+bertandang. Haa hamekk 4 event sekaligus. Jimat lagi (kot) disitu. Dah survey sebenarnya sebelum ni so terus pergi je kat kedai yang kitorang dah aim try-bayar. Senang dan mudah perempuan ni kan *senang sangatt! Harap-harap takde la ada orang yang jatuh tersungkur pakai kasut ni nanti. Mintak jauh. Nauzubillah. 


                                                        Cost RM99.90 for 4 events (maybe)

Dah beli kasut sanding? Dah! Dah berjaya? Dah! Apalagi, ayuh kita ke IKEA!! *sukaa. Kahhh (gelak tak habiss). Tujuan ke IKEA sebab nak beli frame untuk letak kat pelamin. Nanti insyaALLAH kat pelamin kitorang akan ada banyakk gambar. Haha. Semua tu saya serahkan kat Manja. Nanti dia uruskan mana nak letak gambar-gambar tu. Yang saya tahu beli frame+cuci gambar+letak gambar. Yang lain; Manja kan adaa. :P


  Paling suka tier tu. Polka dot pink uolss :D

Balik dari IKEA saya dan bakal SIL mengidam kek IKEA tapi malangnya orang kat IKEA ni tak pernah nak sikit kat food court dia. Kami tak tabah nak beratur semata-mata nak beli kek. - -“. Hajat terpaksa dibatalkan demi kesejahteraan bersama. Dengan tidak semena-mena bakal SIL terkeluar perkataan nak makan waffle! Dan dengan tidak semena-mena saya pun mulalah teringin jugeee. Takde kat Curve. Gigih ke One Utama untuk makan waffle semata-mata. Tak pernah jejak kaki ke One Utama maka hari ini itu dalam sejarah saya ke One Utama. Makan,siap dan tetiba ternampak satu kedai ni – A Material!!..  Kedai ni best macam Typo. Hoho. Kenapa kedai ni yang saya jumpa? Kalau jumpa maka mahu beli. Bila beli duit takde la. Tapi apa ahku pedulik! Terjadi la tindakan luar kawal pergi beli benda ntah pape-mengarut-menghabiskan duit ni *sigh. Perempuan inih! Beli ni bukan sesaja tahu? Mesti la ada tujuan dia. Tujuannya nak letak kat meja Guest Book. Nak letak kat board yang beli kat IKEA. Nak letak kat frame. Macam-macam nak. Kita tengoklah nanti macam mana rupanya. Beli je dulu. Haha.



Cost Rm20++. Macam ni pun 20hengget??!!

Oklah. Misi kali ni berjaya! Kalau rajin japgi update lagi. Wahh!. Tata

p/s: Incik buat sendiri gubahan mas kawen?? Incik ni biar benar? Tapi kalau buat sendiri saya akan nangis terharu. Btw, nak yg no.4 eh. Dua hati menjadi satu katanyaaa. Auwww. How sweet!


Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Tuesday 21 May 2013

Gubahan Mas Kawen..???

"Aku terima nikah si polan dengan mas kahwin nya yang tersebut...." (sbg contoh sajer... heee... yg betol2 nnt minggu depan yer)

Semoga majlis pernikahan pada 31 mei nanti berjalan lancar.... Amin.. semoga dipermudahkan segala urusan... tinggal beberapa ari lg jer nih..

Aku tak dpt byg kan mcm mane perasaan aku pd hari pernikahan nanti.... mungkin aku akan rase semua kot time tuh.. huhu... gembira + sedih + takut + berdebar + nervous + ape lagi ek..???

Sebenarnye entry kali nih bukan lah nak cite pasal akad nikah semua tuh... tapi lebih kpd gubahan untuk mas kahwin nnt... dr semalam aku duk pikir mcm mane nk gubah duit mas kahwin tu... last2 aku search kat youtube jer... dan ade gak aku donlod beberapa video (sbg panduan tuk gubahan)...

Balik kg minggu depan kene tengok balik video2 tuh... dan aku plan nak buat gubahan tuh dgn titik peluh aku sendiri (pergh...mcm gigih giler nk buat..hahahaha).. ade yang senang.. ade yang gile payah... stress gak smlm aku buat sambil tgk video2 tuh... hoho..

Okes... mane satu kat bawah nih yang ok ek??? sape bleh jwb??? (ade sape2 ke yg bace blog nih..???..)


 1) Hati ku berbunga-bunga

 2) Rama-rama cintaku :P

 3) Hatiku kesunyian

 4) Dua hati bersatu :=)


Yang mane yg ok nih..?? yg mane??? yg mane??? aku lebeh prefer no.4 tuh...mmmmm

Oklah...nanti2 lah decide...huhu

p/s : suke2 ati bagi name gubahan tuh.. hoho

- Suhaidi

Perihal Baju Kawen kaler Wwoorennn.

Assalamualaikum.

Wah! Dalam masa beberapa jam pun dah boleh post! Ini sungguh luar biasa. Haha. Tetapi jangan excited sangat. Memang time ni takde keja dan mood nak update berlipat kali ganda so, ayuh salahkan mood rajin. Hehe.

Ok. Next mari kita bercerita mengenai baju kawen. Saya buat baju kawen dengan Ezuwan Ismail sebabbb saya nak baju colour oren dan Manja takde baju pengantin colour oren. Dan dah pergi tengok kat tempat Manja. Kot-kot la ada colour yang kita berkenan kan? Tapiii nan hado! Takde pun colour yang berkenan. Dasar! Cakap jela nak colour oren jugak. Ni nak beralasan segala. 

Soalan pun datang bertubi-tubi tanpa ditapis: 
1. Kenapa buat dengan Ezuwan Ismail? 
2. Kenapa mesti dia? 
3. Mesti mahal ni buat dengan Ezuwan ni. 

Jawapan datang dengan tapisan: 
1. Eh kau! Suka hati iolss la nak buat dengan sape pun. Iolss rapat, bff dengan dia. Sibuk pehall?? Haha. Tak-tak. Sebab Manja lah! Manja yang suruh buat dengan Ezuwan ni. Dia yang deal dulu. Kami hanya follow selepas perbincangan panas diadakan. Kami dapat pun yang dah suam-suam la kira. Hehe.
Next!
2. Dah jawab kat atas rasanya.
Next! Next!
3. Ni pun kira soalan ke? Takde tanda soal pun. Ok, saya kira ini adalah soalanlah. Tak tahu mahal ke tak. Kami buat sewa beli. Maksudnya saya bagi design/colour dan sebagainya, Ezuwan design, buat dan siap, saya pakai hari sanding dan baju tu akan jadi hak milik Manja sepenuhnya selepas majlis. Kiranya saya orang pertama yang pakai baju tu. Saya hanya bayar separuh dari apa yang Ezuwan jual kat Manja. Paham atau paham? 

Ok, sambung.
 
Hari tu (28 April 2013) dah pegi 1st fitting. Baju dah siap cuma tak letak beading/lace/manik etc. Pegi ukur badan je la. Tu pun saya dah berdebar sangat sebab takut baju tak lawa. Yela kan. Colour oren. Siap Ezuwan ni cakap tak pernah lagi orang buat oren. Haha. Saya main redah je pegi buat colour oren. Nampak gak si Ezuwan ni buat muka. Haha. "Cantik tak cantik nasib ko la kan? Aku dah design/dah buat/dah jahit baju ko pun kira satu rahmat tahu?" Kata Ezuwan Ismail di dalam hati beliau. Haha. Takde laa. Saya hanya bergurau.

Masa first time jumpa nak design baju, tunjuk design, dia ada la tanya berkali-kali betul ke nak colour oren. Haha. Tak percaya barangkali. Tapi dah iolss nak colour tu jugak uolss. Mana berani dia nak cakap lebih. Kahhh (gelak tak habis). Takde laa. Entah. Diriku terasa colour oren boleh buat diri ini confident lebih. Saya pernah terbaca kat mana entah, kalau kita nak best datang kerja hari Isnin kan, try pakai baju yang colour citrus. Contoh oren/kuning. Mesti confident lebih sikit. Maka tidak terjadilah 'Monday blues'. Kihkih. Petua ni. Jangan main-main dengan petua iolss. :)

Ezuwan ni senang sangat deal dengan dia. Baik. Layan semua orang baik-baik aja walaupun beliau adalah seorang yang ada nama di persada fesyen. Wah! ayat kau nak manis ajo. Siap ber'beliau beliau' lagi. Dah kenapa?? Haha. So, kita pun takde la macam kekok sangat nak bergurau senda (di hari raya) kan. Siapalah kiteww nak dibandingkan dengan dieww. Hanya pungguk rindukan bulan. Eh? Betul ke perumpamaan tu. Sesuai ke dengan keadaan tu? Main tulis ajo. Random.

Second fitting.
Adalah jatuh pada 12 May 2013. Haha. Macam pengisytiharan mohon besar raja-raja nak umum raya pun ado. Maaflah! Hari ni kami pegi fitting untuk kali kedua. Yeayyy! Manik dah letak! Beading dah letak! Lace dah letak! Ayuh kita lihat apakah yang bakal terjadi nanti! Yeayy. Yeayyy! Padahal dalam hati berdebar macam ape je. Yela kan? Mana  la tahu baju tu tak cantik ke hape ke. 

So,ayuh kita!
Dah fitting segala. Oklah baju tu. Cantik. Tapi kan..tapi kan.. tapiii. Saya nak lace dan sebagainya colour dark grey. Dia buat macam silver/white sikit.  Bila saya try, saya rasa macam saya ni nampak gemuk. Beading segala macam tak 'penuh'. Paham tak? Entahlah. Adakah ini perasaan ataupun perasan? Entah. Tapi oleh kerana malas nak fikir maka saya hanya pasrah. Wuuuu. Maka watak Incik pun muncul lalu berkata " Ok je. Takde pape. Ok la tu". Sedapkan hati ataupun memang betul ok? Nak tahu kau lah tanya beliau. Eh?

Tapi overall ok lah! Malas nak fikir. Memang macam ni. Tak pernah nak puas hati kalau benda yang kita buat sendiri dan dapat hasil macam tu. Tak tahu nak expect macam mana sebenarnya. Hati ini memanglah! Biarkan 'dia'. Biarkan hati itu. Biar 'dia' berkata-kata sendirian. Wohoho. A.Samad Said dah muncul. Nasib tak buat sajak/puisi segala je. Lagi sikit nak keluar sajak segala tadi. 


                                                                     Teaser katanyaaa :D

Oklah. Dah tak tahu nak cakap apa. Tata 

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.


HIV Test

Bismillah. Assalamualaikum.

Nampaknya kami main balas-balas pantun blog. Alhamdulillah. Bernyawa sikit blog ni kalu sesi balas membalas ni diteruskan.
Ok. Next entry pasal HIV Test.

HIV TEST (1 Feb 2013)
Hari ni kami pergi buat ujian HIV!! Kalau tanya perasaan saya harusslah saya berdebar-debar. Tak tahu apa masalah saya berdebar-debar nak tahu result. Pikir macam-macam. Adoii. Incik cuti hari ni (K.L cuti ape ntah) so, kami decide pergi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Shah Alam. Incik datang Shah Alam of course! Saya kerja la hari ni :)

Time lunch keluar kejap pergi klinik. Sesampai je kat klinik ramai rupanya couple yang tengah isi borang test. Hee. Bukan kami je la yang nak kawen kan? Siap isi borang segala. Perempuan dia akan bagi 2 borang tahu. Satu borang HIV satu lagi Saringan Status Kesihatan. Tanya pasal penyakit, berat, tinggi, sejarah penyakit keluarga etc. Kita yang akan pregnant nanti kan? So banyak la benda yang nak kena isi segala. Tunggu nombor kita dipanggil untuk buat bayaran. RM1 sahaja kawan-kawan. Haha. 

Tunggu dalam setengah jam macam tu kot nama kita dipanggil untuk test. Test kejap je! Aku berdebar dari minggu lepas kau nak buat test kejap je?? Amek darah sikit terus suruh keluar? Apakah? Tapi what do you expect ros? Nak suruh orang buat kaunseling dulu ke untuk orang darah gemuruh macam kau? Takdenyee. Kerja diorang banyak lagi. Waaa. Sian saya abang-cucuk-darah-sikit-je. Saya overthinking. Macam biasa. LOL. Betul la kata orang (jangan tanya orang mana,saya pun tak tahu), expect less accept more. Tunggu kejap terus dapat result. Saya dan Incik LULUS! So, kami dah boleh kawen! Yeayyy *gedikk. Perasaan berdebar-debar tadi dah hilang entah kemana. Tak jumpa dah. Haha.

                                                                             Incik's


                                                                              Mine

Ok. HIV Test sudah lulus! Jom la kita tawennn. Eh? Haha. Tak-tak. Tunggu 31 May ok. 
Nanti update lagi. Tata


Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Monday 20 May 2013

Si cantik menawan disukai ramai???

Salam...

Ok... cik tunang saya dah tulis 1st entry beliau.... WOW!!!!!... pencapaian terbaek setakat nih... dan beliau juga telah menggelarkan diri beliau sebagai "Si Cantik Menawan Disukai Ramai"....

Sekali baca mcm kedai keropok Sukaramai (salah satu kedai keropok kat KT)....haha...

Aku mule lah bt perangai pelik setelah boring balik dr keja (sambil2 rehat dlm bilik bujang)... aku search image kat google >>> aku search image "si cantik menawan disukai ramai" dan 1st image yg aku dpt adalah :-

Si cantik menawan disukai ramai..!! (bunyi nada ala2 doraemon kuarkan brg dari poket beliau) : p

Untuk cik tunang... just kidding jer nih... jgn marah ek

p/s : tahniah tuk cik tunang kerana dah berjaya beli tiket bus 

- Suhaidi

First entry si perempuan (cantik ayu).

Bismillah. Assalamualaikum.
Ehem. Ehemm. Ehemmm. 1st entry ni. *clap clap.
Ok. Terciptanya blog ini adalah bertujuan untuk share preparation kawen kitorang. Tapi kalau kami ni rajin sangat nak share pasal hal-hal lain maafkanlah. Biasalah manusia. Kadang excited lebih. Kadang sedih lebih. Kadang lompat lebih. Eh? See? Kadang mengarut pun boleh lebih. Maafkanlah!

Hot tips:

1. Oleh kerana majlis kami tinggal dalam lebih kurang 10hari lagi (tapi baru nak cipta blog) InsyaALLAH. Maka, tarikh dan sebagainya abaikan sahaja. Kadang April dulu baru Februari. Kadang boleh jadi December baru Oktober. Tengok tahap kerajinan nak cita pasal apa dulu. Kadang-kadang ada yang kita tak suka cita yang tu dulu so, kita cita la yang ni dulu. Boleh? :D

2. Blog ini dikendalikan oleh 2 orang manusia yang berbeza. Nak tambah ke'sedap'an lagi ialah 2 manusia ni berbeza jantina. Nak sedap lagi? Sorang pakai spek, sorang cantik menawan. Sedapp sangatt kan. Haha. Tahu tak berkait tapi nak juga cakap bahawasanya yang perempuan ni cantik menawan disukai ramai (macam iklan susu sejat pekat manis). Jadi makanya jangan lah pening ketika membacanya ya. #amarankeras.

3. Dah! Tu je kot hot tips untuk kali ni. Lenkali tulis lagi kalo terlintas di dalam pikiran yang bernas ini. Sekian untuk hot tips.

Ok. Cerita terus bersambung. Takde nak kena tunggu minggu depan baru nak bersambung. Penat nunggu pastu cita yang minggu lepas kita dah lupa kan? Haha. Baik tak? :D


This is our wedding preparation!!

Ok. Semua macam kelam kabut*buat-buat kelam kabut pun ada jugak. Ada yang Incik setuju saya tak setuju. Ada yg saya nak Incik tak mau. Dah namanya berlainan jantina kan? Banyak ‘drama’ berlaku sepanjang preparation ni.haha.. Haruslah saya yang nak menang je. Huu. Incik banyak mengalah sebenarnya. Thanks sayang!! Sayang anda lebih-lebih. :D

Dengar je ada festival kawen kitorang mesti pegi. Kitorang plan nak kawen bulan 3 time cuti sekolah.Tapi kakak cakap cuti sekolah bulan 3 sikit sangat. Seminggu je. Setelah melalui perbincangan serius (serius disini memang membawa maksud betul-betul serius) kitorang decide buat cuti sekolah bulan May/Jun 2013. Maka kami decide majlis akad nikah 31 May 2013, majlis sanding 1 Jun 2013 dan bertandang 8 Jun 2013. InsyaALLAH.

Soalan: Kenapa buat 1 Jun 2013 & 8 Jun 2013? Jawapan (terus ada jawapan?? Tak mencabar): Sebab saya nak majlis Sabtu. Senang kawan-kawan yang duk area k.l etc datang (datang kee?) Sabtu. Ahad boleh rehat-rehat bila dah sampai  k.l (*bijak berganda). Hahaha. So, kalau nak akad nikah pagi sabtu kitorang rasa macam tak sempat sebab family kitorang saya ramai *sigh. Mana nak siapkan semua orang (anak-anak buah)+ nak layan tetamu. Maka majlis akad nikah kitorang decide hari jumaat dan sabtu sanding. Majlis bertandang rumah incik akan langsung 8 Jun 2013. Sabtu juga. InsyaALLAH.

Bila kitorang dah dapat tarikh cuti sekolah untuk tahun 2013, perkara pertama kitorang buat ialahhh booked wedding photographer!!hahaha. Tak dapat time tunang, time kawen pun boleh!. Kitorang amek wedding photographer Muein Mahadi!! Senang sebab duk Kelantan ja (jimat kos pengangkutan) :P. Gambar-gambar beliau saya dah suka lama. Asyik tengok je gambar-gambar dalam blog beliau. Syukur sangat sebab dapat book dia. Alhamdulillah. Tq sayang. U’ve made one of my dream come true. Hee. Senang deal dengan muein ni. Kejap je terus confirm. Alhamdulillah. Semoga urusan yang lain pun dipermudahkan.

Ok. Done for today. Nanti update lagi.


Sincerely,
Si cantik menawan disukai ramai.