Wednesday 16 October 2013

Salam Aidiladha 1434H

Assalamualaikum
Bismillah

15 October 2013, Selamat Hari Raya Aidiladha. 
Sedih tak dapat balik beraya tahun ni sebab cuti dah tak banyak (read:dah takde cuti). First time jugak untuk iolss tak beraya kat kampung ni. Nasib baik ada suami. Hehe


Semayang raya kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Walaupun kami beraya 2 orang je tapi iolss dengan gigih dan bersungguh-sungguh dicampur pulak dengan kasih sayang melimpah ruah, buat nasi minyak. 
So, inilah hasilnya. First time buat dan alhamdulillah jadi jugak nasi minyak ni walaupun nasi tu ada problem time tengah masak. Takpe la. Belajar kan. 


Table for 2

Dalam tengahari macam tu, dah kenyang dah tengok tv kami pergi beraya rumah pakcik makcik Incik kat Ampang. Sampai sana time zohor makan, tengok movie Now You See Me (raya tapi tengok cita Hollywood), layan RunningMan jap, sembang sembang lepas asar baru balik Shah Alam. 
Dorang bagi daging korban jugak tapi iolss tak pandai siang daging T___T . Nasib la nanti kalau Incik  makan daging yang iolss masak liat tak boleh nak telan. Hehe 


Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin.



Sincerely,
Si isteri.


Monday 7 October 2013

Happy birthday my dear Husband

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ni birthday suami tercinta.
Sebagai isteri yang super power, maka nak ucapkan:

Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu 
Semoga suamiku sentiasa di bawah rahmat ALLAH s.w.t.
Semoga suamiku murah rezeki.
Semoga suamiku panjang umur.
Semoga suamiku sentiasa sabar dengan segala ujian.
Semoga suamiku menjadi anak, menantu dan suami yang soleh.
Semoga suamiku sentiasa sayang isteri, family dan anak(s). 
InsyaALLAH


Oleh kerana isteri super power comel sangat, maka dia bagi present kat husband dia yang tercinta. Hehe. Harap suami suka. Btw, lepas bagi present banyak kali tanya husband suka ke tak. Dan banyak kali juga husband cakap dia suka. Haha. Takde keja sebab pening nak bagi present apa and nasib baik dia suka. :D

Birthday card+present jersey Man United *tak nampak sebab ada dalam kotak*

There are so many things I love about U
and with every year that passes
I Love U more and more.


Malacca 25August2013



Saya juga doa untuk saya:

Ya ALLAH aku bermohon kepada-MU supaya aku,
Sentiasa sihat dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri. 
Sentiasa menjaga kebajikan suamiku. 
Sentiasa doakan kebaikan suamiku. 
Sentiasa sihat untuk memberikan suamiku zuriat. 
Sentiasa tabah dan sabar dengan segala naik turun kehidupan.
InsyaALLAH.

Amin Ya Rabbalalamin.



Sincerely,
Si isteri disayangi suami.