Showing posts with label polka dot. Show all posts
Showing posts with label polka dot. Show all posts

Thursday, 23 May 2013

'Dugaan' kecik je


Bismillah.

Cabaran penuh liku, lazimnya kan berlalu. *Lagu Cinta Di Akhir Garisan berkumandang.. Hari ni 15 May 2013, one of my friend/my bridesmaid sebenarnya cakap tak dapat datang! Ok. Terkilan. Speechless. Tak tahu tindakan apa patut dibuat. Lost. Saya berkawan dengan dia bukan nya sebulan dua. Dah masuk 7/8tahun. Sapa tak sedih kan? Belajar diploma sekali. Degree sekali. Duk sewa rumah diploma dan degree sama. Tup-tup tak dapat datang majlis? Sedih gila kot! Wah kau! Kemain lagi over. Tapi betul la. Mana nak cari instant-bridesmaid? Mana nak cari kain lagi? Mana nak cari tukang jahit less than 1week?  Mana? Mana? Mana? *gema.

Try call Mimi which is kawan UTeM and one of my bridesmaid jugak untuk  mintak pendapat. Mintak idea sebab lost kan tadi kan. So, kami telah sepakat nak lantik (wah lantik? Macam lantik pengawas kat sekolah kan) Siti Sabariah Bt Sabri sebagai my new bridesmaid *clap clap clap. Brilliant idea! Ting! Tapi (Kenapa mesti ada tapi? Kenapa?) bila ditanya kat Saba, beliau cakap macam tak sempat nak jahit bagai. Saba, positif Saba! Positif!. Dia nak tanya mak dia dulu katanya. Then dia cakap pos je dulu kain tu. Baiklah Saba. Aku pos nanti bila dah dapat kain. Wuu

Saya dengan Incik pergi cari kain kat area Jalan Tar tu lagi sekali pada 18 May 2013. Bayangkan lebih kurang dua minggu nak majlis baru nak pergi cari kain. Malam sebelum tu Incik dah pergi kedai Kamelia cari kain. Tapi takde! Esoknya saya pergi cari kat kedai lain tapi still takde. Last-last pergi kedai Kamelia untuk cuba nasib buat kali terakhir. Huu. Tragisnya cerita. Sekali pergi tunjuk gambar kain ada laaa!! Saya nak nangis kegembiraan dah tapi tak jadi sebab memikirkan masa depan negara. Tak boleh main nangis kat kedai orang macam tu je. Nak nangis pergi cari tempat yang ok sikit Ros! Dah la dulu dah nangis kat kedai ni. Sudah-sudah la tu. Abang kedai tu cakap ada orang hantar balik kain tu. Orang tu amek kain lain la maksudnya. Ya ALLAH! Rezeki kami. Alhamdulillah! Syukur sangat! Tapi lepas ni kalau sesapa bridesmaid saya yang tak jadi datang saya memang pasrah je. Saya dah tak kisah. Plan dah lama kalau tak jadi tu di luar kawalan kita la kan? ALLAH Maha Mengetahui. Takpe je. Syukur dengan apa yang ada dan moga majlis lancar. InsyaALLAH.  Tu je doa saya sekarang.  Saba pun dah cakap boleh hantar kain kat tukang jahit. Alhamdulillah.

Ok. Sekarang semua benda 90% (kot) dah settle. Kesian kakakku sama Umi. Banyak tolong hoii. Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Tinggal barang-barang kenduri kat rumah + PA system dan DJ. Abang saya sibuk nak DJ bagai. Saya macam takde la kisah sangat ada DJ ke tak sebab kalau ikutkan nak pasang lagu je. Biar je anak buah yang tengok-tengok. Tapi dia kata ada DJ macam meriah sikit. Ada orang cakap-cakap. Haha. Dia ada bagi no. telefon 2 orang yang buat bisnes DJ ni. Tapi dua-dua tak available. So, nak buat macam mana. Terpaksa la guna PA System je. 

Ahad petang sebelum balik Shah Alam Incik belanja makan Pulut Mangga. Cari dari pagi kat Kg. Baru, petang baru dapat. Nama kedai saya dah lupa. Kat kedai dia ada banyak bubur kalau petang. Orang kelate. Kena la dengan iolss. Haha. Ni baru terasa nak makan. Kalau mengidam nanti macam mana la kan sayang kan? Hiks. Tq Sayang!

Pulut Mangga kesukaan ramai saya. :)

Dan abangku nak sponsor aiskrim!! Saya suka lah kalau ada yang nak sponsor monsor ni. So, time majlis nanti ada aiskrim lah! Aiskrim yang orang jual guna motor tu. Yang anak buah saya selalu sangat beli tiap kali motor aiskrim lalu depan rumah. Sanggup tunggu pakcik tu pusing balik walaupun pakcik tu memang dah tak pusing sebab dia lalu jalan lain. Haha. Kanak-kanak kesayangan nih!! Nanti kalau aiskrim ada time majlis rasanya orang lain takde nya melainkan anak-anak buah saya. Haha. Semoga semua berjalan dengan lancar. Amin.

Till then. Assalamualaikum.

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Polka Dot dan Button Badge

Bismillah. Morning!

Masih lagi hal-hal nikah kawen. Hehe.


Kain for bridesmaid and button badge.

Bismillah. Hari ni mari kita bercerita mengenai kain untuk bridesmaid dan button badge ye. Kain ni saya dah tengok-tengok sebelum ni kat Jalan Tar/Jalan Masjid India. Ada satu kedai kain, Kamelia namanya jual semua kain cotton. Japan cotton/English cotton pun saya dah lupa+tak tahu macam mana nak beza. Saya ada tanya tapi manusia short term memory macam saya ni mana nak ingat melainkan saya tulis. Huu. Maafkan saya. Tapi kat kedai ni memang pening kalau tengok kain cotton dia. Semua macam nak beli walaupun kain cotton kosong. Mungkin sebab macam-macam colour kot. Macam-macam corak lagi. Ditambah pulak dengan saya yang macam—macam mahu beli ni kan? Niat sebenar nak beli kain polka dot kuning kat 9 orang bridesmaid saya. By the way bridesmaid saya 9 orang. Haha. Tamak kann??

Saya plan nak kain ni sebenarnya, tapi malangnya.. :nanges:

Polka dot kuning :'(

Time kali ke-2, 2 March 2013 pergi untuk beli kain-kain ni tanya kakak tu (tak tahu la dia ke Kamelia sebenar atau tidak) dan dia cari polka dot kuning hanya ada sepasang! SEPASANG?! Mana boleh sepasang! Saya nak 9 pasang kak!! Maka terjadilah trajedi airmata di kedai itu. Perempuan ni mana-mana pun dia boleh gelak dan mana-mana je dia boleh nangis. Contoh mana-mana je kat kedai Kamelia ni la. Iolss nangis uolss. Seriously saya rasa macam tak tahu nak buat apa. Call semua 9 orang bridesmaid saya cakap kain colour tu dah takde bagai (sambil nangis). Haha. 9 orang kena call! Masing-masing ada colour yang tak nak/tak suka. Haha. Kadang-kadang lawak jugak. Last-last dorang semua macam pasrah sebab sebelum tu saya ada pilih colour peach+pink. Tapi..trajedi lagi bila ada 7 pasang je colour tu. Mahu nya tak nangis kan? Saya dah plan nak suruh dorang pakai polka dot kuning. Semua dah setuju. Sekali takde! Nak colour peach tu pun tak cukup! Last-last bila melalui proses bertenang selama setengah jam (over kau!) saya start cari colour yang sesuai dengan majlis nanti. 9 orang tu pun dah macam tak kisah sambil pesan taknak colour pink/purple. Haha. Baiklah! Tak pilih colour tu. Baiklah! :D

Last-last saya pilih colour grey. Nasib baik cukup 9 pasang. Huwaaa.


So, ni lah polka dot grey tu. 




Ok tak? Ok? Tak? Takpe la. Saya harap 9 orang dayang-dayang ni puas hati. Maafkan saya kawan-kawan. Saya lagi sedih sebenarnya.

Ini diselitkan sekali gambar pembahagian harta kain kat MidValley beberapa bulan lepas. Haha

Dari bawah: Mimi, Bride 2 Be, Dania, Azah

Ok. Settle hal kain untuk bridesmaid. Sekarang kita cerita pasal button badge pulak ok?

Button badge saya beli online(lagi?) je. Yups, semua nak online sekarang. Tak jumpa pun. Deal by email je. Ok la kan? Tak habis masa banyak sangat. Ni website dia. Tay Art & Trading. Nanti kalau nak beli boleh la deal ngan dorang. Harga button pun murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Saya google design apa yang saya nak then tunjuk kat beliau through email of course. Saya beli untuk dua-dua belah family sekaligus. Nanti nak paksa semua kakak/abang/kakak ipar/abang ipar/umi pakai button time hari sanding. Haha. Mesti comel tengok diorang pakai. :D

Maka, inilah hasilnya.

 My family side

Incik's side

Oklah! Tu je nak cita pasal kain dan button. Tata


p/s: Maaf. Gambar takleh nak rotate. :'((

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.