Friday 28 June 2013

Happy 1month Anniversary!

Assalamualaikum.
Bismillah.

Hari ni dah genap sebulan kawen! Yeayyy! Haha.

To suami sayang - Mohamad Suhaidi Bin Omar,


Tq for loving me and I hope it will never end. Amin
Tq sebab nak kawen dengan kiteww walaupun dah tahu kiteww banyak(s) kekurangan. Tq sayang.
Saya sayang awak sangat sangat. Sama sama doakan semoga perkahwinan kita with kids insyaALLAH akan bahagia sampai bila bila. Amin


So, terimalah lagu yang 'chantek' sangat ni. I LOVE YOU SAYANG!



SUAMI
I love my eyes when you look into them.
I love my name when you say it.
I love my heart when you touch it.
I love my life when you are in it.


I'm in love with you
And all these little things.




Much LOVE!!



Sincerely,
Your wife.

Tuesday 25 June 2013

Gegambar

Assalamualaikum. 
Bismillah.

Hari ni Muein Mahadi telah berjaya meng'upload' gambar akad nikah kami sebanyak 2 keping!! Haha. Takpo la Muein pado takdok lasom. :P

Teaser lettew..kot. Tak sabar nak tengok semua gambar gambar beliau ni sebenarnya. Huwaaa. Cepat cepat la sikit Muein deh. :D


Solemnization : Masjid As Syakirin, Kg Pasir Akar


Solemnization : Masjid As Syakirin, Kg Pasir Akar


Yang ni gambar time outdoor. Yang ni dah lama dah dia upload. Ohoiii. Tak sabar nak tengok semua hoi!!


Outdoor : Nama tempat lupa sebab Muein yang suggest tempat. Tapi somewhere at Kuala Besut belakang LKIM. :)


Kalau berminat bolehlah menghubungi beliau dengan meng'klik' nama beliau ini Muein Mahadi :D



Oklah. Entry tamat tiba tiba. Tata



Sincerely,
Si cantik manis disayangi suami.

Popiah Goreng

Assalamualaikum. Bismillah.

Wow! Tajuk pun dah tahap perghh dah. Haha. Hari ni telah berjaya menyiapkan popiah yang telah diniatkan sejak minggu lepas lagi. Dah lama nak buat tapi tak sempat. Niat mesti ada dulu baru tindakan akan datang walaupun tindakan itu tertangguh bertangguh. Giteww.

Maka hari ini dalam sejarah popiah, saya telah berjaya menyiapkan popiah! Yeayyy!
Yela kan. Nama pun sejarah popiah,mestilah berjaya buat popiah. Takkan berjaya buat karipap sardin pulok. Hadoiii.




Inti : Sengkuang+carrot+kubis+isi ayam+bawang putih+kiub pati ayam+garam sikit


 Dah nak siap buat baru ingat nak snap. Haha


Ambil sikit letak atas kulit popiah dan gulung


 Siap!


Letak dalam fridge. Nanti suami nak makan baru keluarkan dari fridge dan  goreng :D

Dan saya juga telah berjaya buat pencicah sekali. Gigih tak? Aku ni jenis tak suka makan kosong macam tu je. Mesti nak kena ada cicah cicah. Alaa macam g KFC tu mesti nak kena ada sos cili Life baru rasa LIFE! Haha. Best sikit kan? Kalo tak makan ayam macam tu je. Ohoho. Itu bukan aku ;)

Resipi Sos Pencicah :

4 sudu cili boh
4 sudu cuka
Garam 
Gula melaka
Air asam jawa sikit


Baiklah, setakat itu sahaja untuk hari ini. Btw, jerebu masih lagi berleluasa di luar sana. Minum air banyak banyak k. Till then. Tata




Sincerely,
Si cantik manis disayangi suami.


Monday 24 June 2013

Haze become crazier. Hazier.

Assalamualaikum.
Bismillah.
Quick update sebab dah nak balik keja.

Sekarang musim jerebu. Dimana mana saja orang update pasal jerebu. Memang dah teruk sangat. Last week jerebu kat Singapore Johor Melaka. Sampaikan di Muar dah sampai tahap darurat (my MIL cakap muflis. Haha. Maaf mak tapi serius kelakar sangat). Now datang kat area K.L sudah. Dengar kata dah sampai Terengganu juga Kelantan. Hadoiii. 

Silalah jaga kesihatan wahai rakyat jelata. Minum air banyak banyak. Mask mesti ada kalau duk luar dari bangunan/rumah. Jangan gatal sangat nak duk luar rumah nak buat aktiviti beriadah di taman taman mahupun mengumpat di luar rumah #eh?. Hehe. Saya pun risaukan suami saya tuuu. Pergi/balik kerja naik motor tu. Kesian beliau kan? Jerebu dahla semakin berleluasa sekarang. Jaga diri hiasi peribadi sayang. :D

Oklah. Here the tips.

Sumber : Facebook


Sumber : Facebook


Till then. Take double triple extra care people.

Mungkin kita sudah terbiasa menutup mata dengan bencana luar, lalu dikirimNya bencana sejagat untuk mengingat ignorance isn't always a bliss

Kannn?? A reminder for me and for you too. ;))




Sincerely,
Si cantik manis disayangi suami.

Tuesday 18 June 2013

Dating di hujung minggu

Assalamualaikum. Bismillah.

Pada hujung minggu lepas adik-adik ada kat rumah kami. Kebetulan adik yang belajar kat INTEC start daftar Ahad. Dia datang dari Terengganu Sabtu pagi sampai kat Shah Alam petang tu. Malam Sabtu Incik ajak kitorang pegi I-City sebab adik yang belajar kat INTEC tu tak pernah pergi lagi. Nanti dah pergi Aussie pun kempunan nak pergi I-City lagi. Hewhewhew. Over! Orang dah dapat pergi aussie takdenya nak kempunan bagai. Mesti kat sana lagi awesome kan? Dah tak pandang dah I-City Shah Alam ni. Hehe.

Maka,pergilah kami ke sana secara berkumpulan. 4 orang untuk satu kumpulan yang terdiri daripada adik-adik,abang dan kakak ipar mereka. Hehe. Sampai saja kat sana orang MasyaALLAH ramai tak terkata. Siap ada bas yang banyak. Pelik haku. Nak kata cuti sekolah macam dah lepas cuti sekolah. Sebelum ni takde sampai ramai macam tu. Biasa park keta bawah bangunan je. Tapi time tu siap park keta jauhh gilaa. Kat padang yang luas terbentang luas tu. Huwaaaa. Jauh tau iolss jalan. :'(

Ok. Kita layan foto je sebab kami takde masuk mana-mana tempat pun kat I-City tu. Jalan jalan amek gambar sahaja.:D


Aktiviti berkumpulan


Haruslah ada gambar bersama suami terchenta kann ;)




Incik suami bajet pro ;) 








Itu sahaja setakat ini. Sampai berjumpa lagi di lain hari. Sekian. Tata.


Sincerely, 
Si cantik manis disayangi suami.

Kiteww Dating Malam Tadi

Assalamualaikum. Bismillah.

Ehemm. Ehemm. Semalam balik keja tanya Incik nak dinner apa. Beliau nak belanja kiteww makan la pulokk. Hehe. Alhamdulillah. Kiteww dahlaa pening nak pikir nak masak apa kan? Pening sebab kiteww bukannya tahu/pandai semua jenis masakan. Pening sebab hanya beberapa kerat pantun jenis masakan jeww yang kiteww tahu masak. Malu la kiteww kan kalau asyik masak benda sama kan? Dah tak bijak bergaya sopan santun la kan? Tapi bila dah Incik suami ajak makan kat luar kiteww ok jeww. So malam tadi keluarlah kami dating di Secret Recipe. Hoyeahhh. ^ _^


Suami minum : Oreo Milk Shake



Isteri memanggg kann. Isteri memangg gemuk kan?? Kan?? Huwaaaa




Dari sudut pandangan ni dah kurang sikit tahap gemuk si isteri. T_______T 



Si isteri makan : Pan-grilled dory with lobster sauce



Suami makan : Stewed aussie beef steak


Our Menu :)

Dan kami beli kek jugak. Tapau. Bawak balik tapi bukan makan pun lagi. Haha. Petang ni balik keja la kita makan. Beli Turkish Indulgence sebab dah lama kempunan nak makan. Kempunan pun bukan nak makan terus kan?? Haha. Nasib lah. Dah kenyang sangat dah tapi kalau pegi SR tapi x makan kek macam pelik pulak. So, oleh kerana tak mahu jadi pelik kami pun beli la 1 slice. Cehhh alasan kau baikk punya. Haha.


Turkish Indulgence yang tak makan lagi. Ni amek dari website SR. Takde nya aku nak amek gamba lelawo macam ni. Eh kau. Tu pun nak explain?? Maaflah ! :(
Rasa beliau nanti saya cerita sedap ke tak. Haha.


Ok. Tu je mahu cerita.



Sincerely,
Si cantik manis disayangi suami.

Friday 14 June 2013

Misi

Bismillah. Assalamualaikum.

Misi yang mungkin membawa maksud visi boleh juga disebut sebagai objektif boleh juga dipanggil tujuan. Bukan misi kat hospital tu lah! Cantekk siket pemikiran tu. Hee. Ok. Antara misi mahupun visi, objektif, tujuan saya kawen adalah untuk naikkan berat badan suami (secara sihat of course. Bukan perut ke depan tu ye). Haha. Baik kan?? Yup, saya tahu saya baikkk. (Sangat!)

So, sekarang selagi ada masa saya akan masak untuk suami bila balik keja. InsyaALLAH sempat saje. Alhamdulillah. :D

Nasib saya baik bila Incik ni takde la memilih sangat bab bab makan ni. Dia ok jah asalkan dapat makan. Haha. Tq sayang!

Semalam balik keja saya memula tak tahu nak masak apa. Tanya Incik katanya tak kisah. Haddoi. Pening nak pikir. Migrain tetiba. Over kau Jah! Haha. Takde la sampai migrain tapi agak pening+tak tahu nak masak apa. Saya ni bukan pandai masak sangat. Takat lauk lauk biasa tu bolehlah. Nasi beriani nasi tomato nasi minyak nasi basmathi bagai mana akuh reti. Tapi kena tahu jugak kan? InsyaALLAH nanti belajar ok. Dah buka dah website resipi resipi ni. Dah save dah. Tinggal nak buat je lagi ni. Hehe.

So semalam decide goreng sayur dengan ikan masak merah. Tu je. Eh, budu tidak ketinggalan. Haha. Surprisingly, Incik tambah 3kali sampai nasi dalam periuk habis! Wahh. Misi sudah tercapai ni. Haha. Bini mana tak kembang kempis kan bila suami makan sampai tambah 3kali kan? Bangga iolss ni uolss.  Memula masa sesi pinggan kedua Incik ada cakap dia nak breakfast kat office je esok. Sedihla saya bila suami taknak makan kat rumah kan? Tapi buat buat ok la kan. Air muka sebagai seorang gorgeous mahupun vogue harus dijaga disini so kita 'ok' kan aje. Tapi tetiba bila Incik mintak tambah pinggan ke-3 saya rasa macam WOW! Laki aku ni biar betul! Tambah nasi lagi?? Heh. So sebagai isteri yang solehah lagi bijaksana saya g tambah nasi sampai licin dalam periuk. Hahaha. Suka! Alhamdulillah.

Ok. Malam ni nak masak mee rebus la untuk suami terchenta dan kebetulan SIL tido kat rumah malam ni. Meriah sikit rumah. Haha. Weekend nak masak apa? Tak tahu lagi. Migrain bakal menjelma. Kahkah. Tata





Sincerely,
Si cantik manis disayangi suami.

p/s: Hai sayang yang tengah senyum! *tengah reply senyum*

Thursday 13 June 2013

Entry ke-2 sebagai Mrs. Suhaidi

Assalamualaikum. Bismillah.

Hari ni nak cerita pasal apa? Nak cerita pasal majlis kawen ke? Tapi banyakkk. Nak cerita yang mana dulu?     Ermm. Btw, hari ni dah hari ke-3 start keja setelah cuti lebih kurang 2 minggu. Hehe. Malas nak kerja tapi nasib baik kerja kat office ni pun takde sangat. Fuhh Lega! :D

Tapi bila bukak blog tak tahu nak start dari mana. Nanti dah tahu macam mana nak tulis macam mana nak cerita saya atau Incik akan cerita ohkeyy :)


Credit to my kesayangan -->Fathiah Mohamad for this pretty picture. I LOVE IT!

Wahh. Nampak bibir merah tak? Nampak tak? Cantik tak Kak Ton? Haha. Lipstik yang telah di'request' oleh puan pengantin kepada pak andamnya. Iolss teringin pakai lipstik merah uolss. So, telah tercapai lah impian tersebut. Suka hoii! Kalau nak tunggu hari hari biasa pakai lipstik merah memang takkk la kan? Lipstik merah mak ngah ni pun saya nan hado. Haha.

Oklah. Tu je dulu. Kat office hari ni ada majlis makan-makan kali ke berapa dah ntah. Saya pun dah lupa. Asyik majlis makan makan je keja collegues aku nih! Sukeww la kiteww gemukss kan? Sukeww la kan? Haihhh





Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

Tuesday 11 June 2013

12 days

Assalamualaikum.

Bismillah. 
Sudah 12 hari bergelar isteri rupanya. Alhamdulillah.

Tu je nak cakap. Sekian terima kasih.

Hal-hal kawen kita ceritera lainkali. Mahu balik lunch bersama suami terchenta. :)



Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.