Tuesday 25 June 2013

Popiah Goreng

Assalamualaikum. Bismillah.

Wow! Tajuk pun dah tahap perghh dah. Haha. Hari ni telah berjaya menyiapkan popiah yang telah diniatkan sejak minggu lepas lagi. Dah lama nak buat tapi tak sempat. Niat mesti ada dulu baru tindakan akan datang walaupun tindakan itu tertangguh bertangguh. Giteww.

Maka hari ini dalam sejarah popiah, saya telah berjaya menyiapkan popiah! Yeayyy!
Yela kan. Nama pun sejarah popiah,mestilah berjaya buat popiah. Takkan berjaya buat karipap sardin pulok. Hadoiii.




Inti : Sengkuang+carrot+kubis+isi ayam+bawang putih+kiub pati ayam+garam sikit


 Dah nak siap buat baru ingat nak snap. Haha


Ambil sikit letak atas kulit popiah dan gulung


 Siap!


Letak dalam fridge. Nanti suami nak makan baru keluarkan dari fridge dan  goreng :D

Dan saya juga telah berjaya buat pencicah sekali. Gigih tak? Aku ni jenis tak suka makan kosong macam tu je. Mesti nak kena ada cicah cicah. Alaa macam g KFC tu mesti nak kena ada sos cili Life baru rasa LIFE! Haha. Best sikit kan? Kalo tak makan ayam macam tu je. Ohoho. Itu bukan aku ;)

Resipi Sos Pencicah :

4 sudu cili boh
4 sudu cuka
Garam 
Gula melaka
Air asam jawa sikit


Baiklah, setakat itu sahaja untuk hari ini. Btw, jerebu masih lagi berleluasa di luar sana. Minum air banyak banyak k. Till then. Tata




Sincerely,
Si cantik manis disayangi suami.


No comments:

Post a Comment