Monday 1 July 2013

Solemnization 31th May 2013

Bismillah. 
Assalamualaikum.


Oleh kerana hari ini tiada kerja kita cerita sikit je la dulu pasal hal-hal kawen? Ok? No?

Majlis akad nikah, 1st reception dan 2nd reception dah berlangsung dengan aman dan lancarnya. Tiada drama air mata mahupun drama gelak je manjang juga. Alhamdulillah. :D


Sekarang mahu cerita pasal majlis akd nikah dulu. Yela kan? Akad nikah dulu baru sanding, makan bagai kan. Eh kau!

Ok. Majlis akad nikah berlangsung pada 31 May 2013 di Masjid As-Syakirin, Kg Pasir Akar. Iolss buat kat masjid uolss. Di samping berkat kita juga tak 'basi'kan pelamin kat rumah. Haha. Yela kan? Kalau buat kat rumah mesti nak guna pelamin yang kita nak sanding je kan? Takkan gigih nak buat pelamin lain semata-mata untuk akad nikah? Taknak lah! Membazir juga. Hehe. So, ayuh kita gunakan masjid. Ayuh!

Sebenarnya niat di hati nak buat majlis akad nikah kat Masjid Ulul Albab a.k.a Masjid Kayu kat Jerteh. Masjid ni cantik dan 'sesuatu' baq hangg!! Akan tetapi, Umi cakap nanti tok kadi orang lain sebab dia ikut kawasan. Kami kami ni nak tok kadi a.k.a Ustaz Aziz ni. Sene kiro mudoh baso ore kato. Haha. Maka kami pun sepakat la nak buat kat Masjid As Syakirin. Alhamdulillah lancar juga kan? Haddoii. Pelik pelik je ko ni kan? Lempang nak?



Sumber: Facebook
Masjid Ulul Albab, Jerteh
Cantik kan?


Masjid As-Syakirin, Kg Pasir Akar
Incik bersama family beliau sebelum majlis.
Ni je gambar Masjid As Syakirin yang aku ada. Haha

Majlis sepatutnya pukul 10am dah start dah. Tapi iolss ni ramai ahli keluarga. Nak gerak sama sama tapi last last semua main gerak je. Ada la yang sampai sekali dengan iolss tapi entahlah. Dah tak nampak sesapa dah sebab nervous tahap kalut! Semua benda aku nak lari sana, lari sini. Dah takde jalan ayu bagai time nak turun dari rumah nak pegi masjid tu. Dengan payung tertinggal dengan kasut tak tahu letak mana. Macam macam. Semua nak last minute kan? Yeahhh. Thats me. :(

Sampai kat masjid haruslah iolss ayu ayu gitu uolss. Haha. Fake sangat nihh. Itu bukan akuu. Tapi nak buat macam mana kan? Nanti maunya dimarahi oleh Umi sebab tak behave tak ayu tak lemah lembut sopan santun. Kihkih. Baiklah! Baiklah! Jaga nama baik Umi. Wuuu.


Masuk masuk je masjid aku nampak muka Muein dulu. Kahkah. Sebab dia tengah pegang camera dan saya tak pernah nampak beliau dan beliau duk kalut amek gambar dan beliau adalah orang yang kira sambut kitorang / saya dan beliau sorang je pakai baju colour hitam. Haha. Haruslah nampak dia dulu. Pastu baru nampak Incik. Kihkih. Sorry sayang! Muein ni sibuk. Haha.


Iolss bedebar debar sampai sejukk tangan. Pegang tangan Umi, dia pun pelik nape sejuk sangat jari jemari iolss. Haha. Takuttt wehh. Berdebar debar saya nihh. Tapi kaver2. Tapi bila tengok balik gambar dalam henfon kakak semuaaa gambar saya muka masam. Haha. Tak tahu la dalam camera Muein macam mana kan muka. Haha. Tak sanggup nak tengok!


Alhamdulillah dengan sekali lafaz iolss dah jadi isteri Mohamad Suhaidi Bin Omar. Alhamdulillah! Suka+gembira+sedih+terharu semuaa ada babe! Haha. Akhirnya kami berjaya! Kahkah.




Family Incik bertolak dari Dungun pukul 630am/7am. Hoho


Otw from Dungun. Highway Pantai Timur.


Sampai sudah kat masjid.


Incik dan mak. Hai mak! :)


Nak signnn!!


 Incik rilek aku yang berdebarrr tahap dewa!


Bismillah.











Bodyguards!





Amaran! Gosip tidak dibenarkan di dalam masjid. Sekian amaran.


Alhamdulillah.


Incik's family sementara tunggu saya and family bergambor.











My family (half / suku).


Incik's family.


Incik' family + Sedara mara.


Official Photographer : Muein Mahadi.





Our beloved Moms.
Mak & Umi


Lepas majlis ada makan makan kat rumah.












Alhamdulillah. Selesai sudah majlis akad nikah dan selesai sudah gambar gambar yang super maha banyak! ni pun dah tapis tapis. Huhu

Oklah. Nanti kita cita pasal majlis reception pulok ok. Tata ;)







Sincerely, 
Si cantik manis disukai ramai dan disayangi suami. 

No comments:

Post a Comment