Friday 11 July 2014

Ramadhan tiba!

Assalamualaikum. Bismillah

Salam Ramadhan ke-12. Haaa. Dah lama tak tulis blog sampai dah masuk bulan puasa hari ke-12 baru nak update. Tahniah la kan.

Mahu cerita pasal apa? Takde cerita sangat. Saya baru balik interview alhamdulillah. Mintak SPA ni dah lama tapi biasalah kan nak kerja kerajaan memang kena bersabar sikit. Ni pun kira bersyukur sebab dipanggil interview. Dapat position sebagai penolong pegawai vokasional J29. Bulan 8 ni baru tahu keputusannya. Sekarang ni kita berdoa je la. Sebab usaha dah, tawakal la pulak. Ada rezeki anak ada la tu, InsyaALLAH. 

Btw, saya dah pregnant sekarang dah nak masuk 26w, alhamdulillah. Hehe. Kesian baby takde cerita langsung pasal dia kan. Sibukkk biasalah. T____T
Nanti ada masa nak cerita pasal baby pulak sebagai rujukan anak nanti. Haha. Perut pun dah nampak dah. And baby asyik menendang je sekarang. Lapar lettew bulan2 pose ni. Haha. Kesian anak. Takpe la sayang belajar hidup susah. Baru tahu orang somalia tak makan tu cane kan. Dalam perut dah diajar kekdahnya. 

Bulan puasa ni kami, saya dan Incik tak pernah sekali pun pegi bazar Ramadhan. Malas nak bersesak sesak dan takut jugak nak beli makanan lauk bazar ni kan. Dah macam macam kes saya baca sekarang pasal bazar ramadhan. Makanya kita masak kat rumah je la. Bukan saya kena masak banyak pun. Setakat satu dua lauk insyaAllah boleh lagi. Hehe.

Okla. Tata
Salam Ramadhan dan jangan lupa doakan saudara kita di Palestin, Syria, Gaza, Myammar, Selatan Thai dan seluruh dunia khususnya. Semoga ALLAH s.w.t balas dengan setiap apa yang orang yahudi, orang kafir buat kat saudara kita di sana. Amin


Sincerely,
Si ibu at 26w pregnancy.


No comments:

Post a Comment