Monday 20 May 2013

First entry si perempuan (cantik ayu).

Bismillah. Assalamualaikum.
Ehem. Ehemm. Ehemmm. 1st entry ni. *clap clap.
Ok. Terciptanya blog ini adalah bertujuan untuk share preparation kawen kitorang. Tapi kalau kami ni rajin sangat nak share pasal hal-hal lain maafkanlah. Biasalah manusia. Kadang excited lebih. Kadang sedih lebih. Kadang lompat lebih. Eh? See? Kadang mengarut pun boleh lebih. Maafkanlah!

Hot tips:

1. Oleh kerana majlis kami tinggal dalam lebih kurang 10hari lagi (tapi baru nak cipta blog) InsyaALLAH. Maka, tarikh dan sebagainya abaikan sahaja. Kadang April dulu baru Februari. Kadang boleh jadi December baru Oktober. Tengok tahap kerajinan nak cita pasal apa dulu. Kadang-kadang ada yang kita tak suka cita yang tu dulu so, kita cita la yang ni dulu. Boleh? :D

2. Blog ini dikendalikan oleh 2 orang manusia yang berbeza. Nak tambah ke'sedap'an lagi ialah 2 manusia ni berbeza jantina. Nak sedap lagi? Sorang pakai spek, sorang cantik menawan. Sedapp sangatt kan. Haha. Tahu tak berkait tapi nak juga cakap bahawasanya yang perempuan ni cantik menawan disukai ramai (macam iklan susu sejat pekat manis). Jadi makanya jangan lah pening ketika membacanya ya. #amarankeras.

3. Dah! Tu je kot hot tips untuk kali ni. Lenkali tulis lagi kalo terlintas di dalam pikiran yang bernas ini. Sekian untuk hot tips.

Ok. Cerita terus bersambung. Takde nak kena tunggu minggu depan baru nak bersambung. Penat nunggu pastu cita yang minggu lepas kita dah lupa kan? Haha. Baik tak? :D


This is our wedding preparation!!

Ok. Semua macam kelam kabut*buat-buat kelam kabut pun ada jugak. Ada yang Incik setuju saya tak setuju. Ada yg saya nak Incik tak mau. Dah namanya berlainan jantina kan? Banyak ‘drama’ berlaku sepanjang preparation ni.haha.. Haruslah saya yang nak menang je. Huu. Incik banyak mengalah sebenarnya. Thanks sayang!! Sayang anda lebih-lebih. :D

Dengar je ada festival kawen kitorang mesti pegi. Kitorang plan nak kawen bulan 3 time cuti sekolah.Tapi kakak cakap cuti sekolah bulan 3 sikit sangat. Seminggu je. Setelah melalui perbincangan serius (serius disini memang membawa maksud betul-betul serius) kitorang decide buat cuti sekolah bulan May/Jun 2013. Maka kami decide majlis akad nikah 31 May 2013, majlis sanding 1 Jun 2013 dan bertandang 8 Jun 2013. InsyaALLAH.

Soalan: Kenapa buat 1 Jun 2013 & 8 Jun 2013? Jawapan (terus ada jawapan?? Tak mencabar): Sebab saya nak majlis Sabtu. Senang kawan-kawan yang duk area k.l etc datang (datang kee?) Sabtu. Ahad boleh rehat-rehat bila dah sampai  k.l (*bijak berganda). Hahaha. So, kalau nak akad nikah pagi sabtu kitorang rasa macam tak sempat sebab family kitorang saya ramai *sigh. Mana nak siapkan semua orang (anak-anak buah)+ nak layan tetamu. Maka majlis akad nikah kitorang decide hari jumaat dan sabtu sanding. Majlis bertandang rumah incik akan langsung 8 Jun 2013. Sabtu juga. InsyaALLAH.

Bila kitorang dah dapat tarikh cuti sekolah untuk tahun 2013, perkara pertama kitorang buat ialahhh booked wedding photographer!!hahaha. Tak dapat time tunang, time kawen pun boleh!. Kitorang amek wedding photographer Muein Mahadi!! Senang sebab duk Kelantan ja (jimat kos pengangkutan) :P. Gambar-gambar beliau saya dah suka lama. Asyik tengok je gambar-gambar dalam blog beliau. Syukur sangat sebab dapat book dia. Alhamdulillah. Tq sayang. U’ve made one of my dream come true. Hee. Senang deal dengan muein ni. Kejap je terus confirm. Alhamdulillah. Semoga urusan yang lain pun dipermudahkan.

Ok. Done for today. Nanti update lagi.


Sincerely,
Si cantik menawan disukai ramai.


No comments:

Post a Comment