Monday 27 May 2013

Manja. Manja.


Bismillah. Assalamualaikum.

Selamat hari Isnin! Sudahkah anda pakai baju colur-colour citrus hari ini untuk mengelakkan 'Monday Blues?'. Anda tak faham. Ok, baca previous entry. Malas nak explain. Hehe. 

Hari ini ayuh kita bebicara mengenai MANJA!! Haha. Baru nak cita. Sebelum ni saya ada cerita pasal Manja kan? Manja kan ada bagai. Manja Manja Manja! Sape Manja? Sape?

Ok. Cool down semuaa. Ni nak cerita la ni. Sabaq naa. 

Manja ni my ‘wedding planner’ (kot). Boleh dikira macam tu la kan? Dah dia yang sediakan pakej-pakej kawen bagai kan? Ke orang panggil apa? Ahhh. Tak kisah la orang panggil apa pun. Haha. Beliaulah mak (pak) andam dan sebagainya. Kenal Manja sebab beliau adalah wedding planner untuk majlis abang sepupu saya, diturunkan pula kepada adik beliau dan diturunkan pula kepada saya. Hoho. Ni dah macam salasilah keluarga ni. Kakak yang suruh amek dengan Manja sebab baju pengantin untuk pengantin lelaki diorang berkenan. Hah? Sebab tu je? Yup,sebab tu je. Maaflah! Bukan tengok baju pengantin perempuan tapi tengok baju pengantin lelaki. Tahukah dikau adikmu ini perempuan? Kenapa tengok baju lelaki? Ok,kecik hati sekarang. Haha. Tak tak. Ok je. Malas nak fikir lagipun. Amek jela dengan Manja. Manja ni la yang kenalkan kami dengan Ezuwan Ismail tu walaupun dia sendiri pun belum jumpa Ezuwan tu. Deal by phone je. Haha. Kitorang pulak yang dah jumpa, dah gossip gossip, dah gurau gurau dengan Ezuwan tu (eh?).

Manja ni dah jumpa dari bulan 2 lagi tak silap. Cop awal-awal ye kawan-kawan. Nanti mak pak andam ni cop lambat-lambat dah full. Kalau full nangis la anda.  Hehe. Rumah dia kat Pasir Putih. Dia takde kedai-kedai ni. Semua barang ada kat rumah. Haha. Time jumpa ni tengok-tengok baju pengantin, discuss pasal pelamin, pakej, harga, semualah! Saya siap bawak contoh gambar-gambar pelamin yang saya nak kat Manja. Google kawan kawan. Google! Haha. Banyak contoh-contoh pelamin kat En.Google ni.

Ni contoh-contoh pelamin yang saya nak.


Yang ni saya nakkk sangattt. Nak sangattt! Tapi semua orang cakap simple+akad nikah boleh la + bla blaa blaaa.


Yang ni pun boleh dikira nak jugee. Sebab berkenan bunga-bunga yang banyak itu. Cantik!


Yang ni nak sebab gambar-gambar kat belakang+deco dia cantik. Kan? 


Yang ni pun nak sebab putih. Cantik!


Yang ni sebab kerusi+deco dia. Simple+nice.


Akhirnya! Dipersetujui ramai tapi nak deco-deco la sikit nanti. Manja tahu la. Dia explain bagai pun saya dah lupa dia explain ape --"


InsyaALLAH . Mintak mintak jadi macam ni la yerr.

Manja nak datang pasang pelamin suma 29hb nanti. Berdebar pun ada ni. Takut lain dari yang digambarkan. Haha. Takde la. Sekarang semua benda macam dah tak kisah sangat dah. Yang penting semua lancar. Majlis pun lancar. Ya ALLAH, permudahkanlah. Amin.


Btw, lagi 4hari uolss. Sampai sejukkk jari iolss ni. Bukan sebab berdebar. Tapi kat office ni sejuk sangat! LOL



Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

No comments:

Post a Comment