Thursday 23 May 2013

Polka Dot dan Button Badge

Bismillah. Morning!

Masih lagi hal-hal nikah kawen. Hehe.


Kain for bridesmaid and button badge.

Bismillah. Hari ni mari kita bercerita mengenai kain untuk bridesmaid dan button badge ye. Kain ni saya dah tengok-tengok sebelum ni kat Jalan Tar/Jalan Masjid India. Ada satu kedai kain, Kamelia namanya jual semua kain cotton. Japan cotton/English cotton pun saya dah lupa+tak tahu macam mana nak beza. Saya ada tanya tapi manusia short term memory macam saya ni mana nak ingat melainkan saya tulis. Huu. Maafkan saya. Tapi kat kedai ni memang pening kalau tengok kain cotton dia. Semua macam nak beli walaupun kain cotton kosong. Mungkin sebab macam-macam colour kot. Macam-macam corak lagi. Ditambah pulak dengan saya yang macam—macam mahu beli ni kan? Niat sebenar nak beli kain polka dot kuning kat 9 orang bridesmaid saya. By the way bridesmaid saya 9 orang. Haha. Tamak kann??

Saya plan nak kain ni sebenarnya, tapi malangnya.. :nanges:

Polka dot kuning :'(

Time kali ke-2, 2 March 2013 pergi untuk beli kain-kain ni tanya kakak tu (tak tahu la dia ke Kamelia sebenar atau tidak) dan dia cari polka dot kuning hanya ada sepasang! SEPASANG?! Mana boleh sepasang! Saya nak 9 pasang kak!! Maka terjadilah trajedi airmata di kedai itu. Perempuan ni mana-mana pun dia boleh gelak dan mana-mana je dia boleh nangis. Contoh mana-mana je kat kedai Kamelia ni la. Iolss nangis uolss. Seriously saya rasa macam tak tahu nak buat apa. Call semua 9 orang bridesmaid saya cakap kain colour tu dah takde bagai (sambil nangis). Haha. 9 orang kena call! Masing-masing ada colour yang tak nak/tak suka. Haha. Kadang-kadang lawak jugak. Last-last dorang semua macam pasrah sebab sebelum tu saya ada pilih colour peach+pink. Tapi..trajedi lagi bila ada 7 pasang je colour tu. Mahu nya tak nangis kan? Saya dah plan nak suruh dorang pakai polka dot kuning. Semua dah setuju. Sekali takde! Nak colour peach tu pun tak cukup! Last-last bila melalui proses bertenang selama setengah jam (over kau!) saya start cari colour yang sesuai dengan majlis nanti. 9 orang tu pun dah macam tak kisah sambil pesan taknak colour pink/purple. Haha. Baiklah! Tak pilih colour tu. Baiklah! :D

Last-last saya pilih colour grey. Nasib baik cukup 9 pasang. Huwaaa.


So, ni lah polka dot grey tu. 




Ok tak? Ok? Tak? Takpe la. Saya harap 9 orang dayang-dayang ni puas hati. Maafkan saya kawan-kawan. Saya lagi sedih sebenarnya.

Ini diselitkan sekali gambar pembahagian harta kain kat MidValley beberapa bulan lepas. Haha

Dari bawah: Mimi, Bride 2 Be, Dania, Azah

Ok. Settle hal kain untuk bridesmaid. Sekarang kita cerita pasal button badge pulak ok?

Button badge saya beli online(lagi?) je. Yups, semua nak online sekarang. Tak jumpa pun. Deal by email je. Ok la kan? Tak habis masa banyak sangat. Ni website dia. Tay Art & Trading. Nanti kalau nak beli boleh la deal ngan dorang. Harga button pun murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Saya google design apa yang saya nak then tunjuk kat beliau through email of course. Saya beli untuk dua-dua belah family sekaligus. Nanti nak paksa semua kakak/abang/kakak ipar/abang ipar/umi pakai button time hari sanding. Haha. Mesti comel tengok diorang pakai. :D

Maka, inilah hasilnya.

 My family side

Incik's side

Oklah! Tu je nak cita pasal kain dan button. Tata


p/s: Maaf. Gambar takleh nak rotate. :'((

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.




No comments:

Post a Comment