Thursday 23 May 2013

Tudungs


Bismillah.

Tudung untuk akad nikah+bertandang.

Kalau nak cerita pasal tudung akad nikah dengan tudung bertandang ni pun kisah sedih jugak. Susah hoii nak cari tudung-tudung ni. Dah banyak kedai saya survey. Saya cari. Semua shoplot tudung kat Seksyen 7 Shah Alam ni dah cari. Tapi still tak jumpa/takde colour sesuai/tak berkenan. Kalau dah nak guna untuk akad nikah dan bertandang kenalah pilih yang sesuai kan. Kalau selendang nak pakai untuk hari-hari biasa senang je nak beli kan. Saya nak cari tudung colour mint green untuk akad nikah dan brown untuk bertandang.

Saya ada 'ter'beli tudung kat online jugakk ye kawan-kawan. (online lagi?). Suka nau beli online. Huu. Tindakan luar kawal bila beli 3 tudung sekaligus. Niat nak pakai time sanding, outdoor dan bertandang. Niat jelaa. Cantik-cantik. Kain dia ok. Saya beli selendang tapi tepi macam half moon. Beli 3 tapi end up pakai satu je. InsyaALLAH pakai time bertandang nanti. Tengok dulu lah macam mana. Kalau nak tengok-tengok boleh tengok kat sini. :)

Satu hari tu pergi Jalan Tar. Nak beli apa pun saya dah tak ingat. Pergi sebab nak beli kain untuk bridesmaid tak silap. Haha. Terus survey untuk tudung. Sekali lalu dekat kedai nama Zaliana. Kedai tu takde signboard pun. Saya tahu sebab kakak kedai tu bagi business card dia. Kedai dia kat tepi-tepi jalan. Area pasar malam hari Sabtu. Saya jumpa kedai tu pun sebab saya main masuk je semua kedai yang jual tudung kat situ. Nasib baik jumpa! Lega sangat. Tapi… ada colour brown je. Kat kedai kakak tu takde colour mint green. Dia cakap kitorang boleh cari tudung kosong then hantar kat kedai dia untuk dia letak lace dan manik suma. Baiklah kakak! Oleh kerana kakak sangat baik saya akan cari tudung colour mint green tu! Baiklah!

Maka, misi mencari tudung colour mint green bermula. Saya rasa satu Jalan Tar saya cari. Semua kedai saya tanya (perumpamaan). Lastly jumpa tudung kat mana tahu? Kedai depan kedai kakak tadi! Betapa marahnya saya. Haha. Tapi oklah. Akhirnya penyeksaan saya berakhir. Terus hantar kat kakak tu. Seminggu dah siap. Alhamdulillah! Tudung untuk bertandang dan akad nikah dah settle. Alhamdulillah! Gambar takde sebab tudung suma dah ada kat kampung. Haha. Maaf!

Oklah! Till then. Tata.


p/s: Sedar tak sedar lagi seminggu saya hidup sebagai seorang single mingle around (Eh?). Ahaiii ;)


Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

No comments:

Post a Comment