Tuesday 9 July 2013

Hectic Weekend

Assalamualaikum. Bismillah.

Esok dah start puasa. Alhamdulillah masih diberi umur yang panjang untuk sambut Ramadhan tahun ni dan dann dannnn sambut Ramadhn tahun ni special sikit sebab sudah ada suami teman berbuka, sahur dan teman terawikh juga. Hehe. Sempena Ramadhan tahun ni, ayuhlah kita sama-sama tingkatkan iman, kuatkan hati, jaga mata, jaga hati, jaga mulut, jaga kesihatan. InsyaALLAH semoga diberi kekuatan iman untuk gandakan pahala bulan puasa tahun ni. InsyaALLAH.

Ok. Dah habis cerita pasal Ramadhan. Sekarang mahu cerita pasal weekend hari tu. Hoho. 

Cerita Satu

Hari Khamis kakak call cakap nak datang rumah! Wahh. Terkejut iolss. Biar betul ni. Katanya nak jalan-jalan Nilai Jumaat tu. Baiklah kakak. Datanglah. Sebenarnya lagi happy kan. Boleh bawak budu, keropok lekor, akok, dan macam-macam lagi kan? Datanglah! Datang. Haha. Maka beliau dan family sampai rumah lebih kurang pukul 1pagi tak silap. Esoknya diorang pergi Nilai,  kami berdua pergi kerja. Wuuu - -"

Malam tu ajak makan kat luar. Iolss tak masak sebab segan. Haha. Kakak kakak kiteww kan suma pandai masak. Lagilaa iolss segan kan. *alasan*. Maka mulalah pencarian mencari kedai makan yang best best sikit untuk makan makan dengan family. Kitorang taktahu sangat kedai makan yang best best/sesuai untuk family/masakan melayu kita ni. Tanya Anis a.k.a Kak Long my friend dia suggest Night Circle, Kedai makan seksyen 13 (tapi untuk lunch), Restoran Putera Ayu, dan juga JM Bariani. Haha. Sian Anis. Cakap kat Incik and dia cakap dia google ada orang cakap Restoran Putera Ayu best. Kat Padang Jawa. Kami pun sepakat membawa berkat ke Restoran Putera Ayu tu.

Kami order siakap tiga rasa, tomyam campur, kailan ikan masin, ayam masak merah sebab anak buah iolss sorang ni tak makan seafood so, ganti dengan ayam tu.
Restoran ni ok. Best masakan dorang. Cepat makanan sampai walaupun orang ramai. Bagus bagus. Haha. 

Enjoy the pics!
Nama kedai
Sejarah kedai

Ayam masak merah

Kailan ikan masin

Tomyam campur

Siakap 3 rasa

Keluarga :)
Yesss!!! Semua gambar terbalik!! Stress hoi. Macam mana nak rotate??!! :'((

Kakak and family balik sabtu pagi. Pagi sebab nak pegi Sogo lagi katanya. Hadoii. Haruslah dah datang K.L mesti kena pegi Sogo. Taktau kenapa. Haha.


Cerita Dua

Lepas kakak balik, petang tu Fathiah datang Shah Alam dengan tujuan nak pegi Bon Odori. Bon Odori ni tarian tradisional Jepun. Dah tahu pasal Bon Odori ni dari sekolah menengah lagi tapi tak pernah pegi. Bayangkan setelah beberapa tahun baru ada peluang pegi. Bon Odori ni buat kat 2 tempat kat Malaysia ni. Satu kat Penang satu lagi kat Shah Alam. Kitorang tahu ada event ni pun sebab Fathiah tengok flyers pasal ni kat dalam flight dia otw nak balik semenanjung Jumaat tu. Btw, Fathiah dah boleh tukar mengajar kat Semenanjung setelah 3tahun duk mengajar kat Sibu and beliau dapat mengajar kat Melaka. Yeayy! Tahniah wehh!! Semoga dapat jumpa jodoh cepat cepat. Amin. Ok dah!

Maka sesampainya beliau kat Shah Alam, terus kitorang pegi Bon Odori tu kat Panasonic Sport Complex, Shah Alam. Tak pernah tahu tempat ni walaupun hari hari iolss lalu situ nak pegi office. Haha - -"

Banyak jugak stall yang jual jual dan jual makanan makanan dan makanan. Tak best sebab semua makanan Jepun dan takde satu kedai pun yang jual souvenir. Maka kami pun kecewa sambil makan dorayaki+fried prawn+biskut koala bear dan minum air mangga. Haha. Kecewa sangat!

Kitorang solat asar kat sana dan yang 'best'nya tempat solat takde telekung semayang dan tempat ambik wuduk yang sangatlah open. Hoho. Tahniah la kan. Iolss dah macam stress sangat dah. Malas nak layan perasaan marah iolss guna stokin Incik buat solat. Wuduk pun main amek je walaupun open gilaa! Nasib baik takde orang sangat time iolss amek wuduk. Huu. Tak selesa wehh!
Kat sini laa diorang main gendang menari bagai

Kat bawah pun ada yang turut serta menari. Orang ramai yang datang pun ada gak yang menari . Kitorang macam respect gila sebab diorang ingat tarian tarian tu. Mesti datang Bon Odori ni tetiap tahun kan

Manusia ramaiii



Iolss dan Fathiah

Haruslah ada gambar dengan suami tercinta kann kann ;)

Kitorang sampai awal dan rupanya majlis tari menari tu start pukul 715pm. Haa kau! Time maghrib. Kitorang tunggu kejap je. Majlis baru nak start, baru nak start tarian baru je ni kitorang pun balik. Haha. Motip sangat pegi Bon Odori macam tu kan? Takkan nak tunggu dorang habis menari baru nak balik kan? Iolss dah tak sanggup nak solat kat situ. Balik rumah solat and ajak Fathiah makan kat Restoran Putera Ayu tu lagi sekali sebab sedap kan? Haruslah pegi berkali kali tapi malangnya malam tu restoran tutup. Buka untuk function apa ntah. Taktahu. Kitorang pegi makan kat Molek kat Seksyen 7 jelaa. 

Fathiah balik Melaka balik pukul 10pm naik bus. Pastu kitorang pegi tengok wayang kat J.J Bukit Raja. Niat dihati nak tengok The Lone Ranger sebab Johnny Depp berlakon kan. Tapiii...Dua dua manusia ni tidur dalam hall. Haha. Penat wehh. So taktau sangat jalan cerita dia sebab bangun tidur bangun tidur. Haha. Penat betul. Padahal boleh je nak pergi tengok cerita tu hari Ahad kalau ye pun. Dah gigih sangat nak pergi tengok hari Sabtu yang super penat tu dah kenapa?? Haha. 


Oklah. Tu je nak cerita. Tata

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak semuaa. :)


Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai disayangi suami.




No comments:

Post a Comment