Wednesday 31 July 2013

Rezeki Ramadhan 2013.

Assalamualaikum.
Bismillah.

Hari ni dah masuk 23 Ramadhan. Lagi 7 hari nak raya. Alhamdulillah.

Ok. Ceritanya begini.
25 Julai 2013
Walaupun malas serta takut tapi gagahkan diri gak pergi Klinik Ajwa area rumah. Nak jumpa doktor mintak cek sebab rasa macam loya+nak muntah tapi tak muntah+pening pening+tak larat sehari dua ni. Malam tu dah wassap Fiqah tanya macam macam. Maka amek langkah bijak pergilah jumpa doktor. 

Cerita cerita sikit kat doc, then dia suh buat urine test. Urine Test? Masalahnya sebelum keluar rumah tadi dah 'membuang' dah. Nak buang apa lagi doc? Dah la musim puasa. Uhuu. Siap suh 'bagi' banyak banyak lagi. Ahaha. Tapi paksa gak. Duk dalam toilet kemain lamanya semata mata nak suruh si urine ni keluar. Haha. Last last keluar jugakk.

Bagi hasil 'sisa' kat pembantu doc tu, tunggu jap then masuk balik bilik doc. Doc suruh duduk and tanya ada berapa line kat Pregnancy Test tu. Jawab la dua. Dua line means positive!! 
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar. Alhamdulillah.

I'm PREGNANT!!! Dan doc cakap dah masuk 5 minggu 5 hari. Patutlaaa iolss rasa semacam. Semacam ni rupanya i'm pregnant. Haha. Mana tahu. Tak pernah kan? First time kan? Ihikk.

Dan dan iolss nangis depan doc tu. Doc lelaki pun pedulikk hape kan? Dah rasa nak nangess. Nangess jelaa. Haha. Doc cakap due dalam 22 March 2014. Kita tengok nanti ok. Maka banyak lah doc tu bagi nasihat/panduan/the do's & dont's/macam macam lagi. Siap cerita pasal Farid Kamil, cerita pasal pengalaman dia. Macam macam. Eheh. Thanks Doc!

Dah selesai suma, dalam kereta tu jugak iolss kol Incik. Cerita semuaa. Haruslah kitorang nanges. Haha. Tapi Incik cakap dia cover cover nanges sebab kat office. Helleh. Malu letteww. Pastu call Umi dan rakyat rakyat jelata yang lain. Mesti kepohhh babe! Satu kampung mesti tahu! Haha.

Dah tahu pregnant kan tetiba terasa macam penat. Macam semacam. Macam semua benda nak buat malas. Macam nak tido je. Nak rehat je. Nak makan pun malas. Tetiba taknak makan nasik. Takut muntah. Teringat nasik ayam + ikan siakap yang iolss masak iolss rasa macam semacam+macam nak muntah. Nak masak malas. Nak masuk dapur takut muntah sebab rasa macam berdebar debar. Sesak dada. Semua nak rasa babe! Seriously! Tak tipu.

Setelah beberapa hari 'rasa nak muntah tapi tak muntah', semalam iolss 'berjaya' muntah! Time berbuka. Makan kurma sebijik, minum air kosong skit dannn pergilah muntah. Tak keluar pape pun. Hanya air dengan kurma yang makan tadi. Tapi last last tu keluar la air macam hijau hijau kaler dia. Tak tahu air apekah itu. Huu. Rasa penat+lega. Muntah ni maybe disebabkan perut ah masuk angin sebab puasa dan iolss pun bukan makan nasik. Makan laksa,sup,laksa,sup. Tu je. Pastu terus dah tak makan pape. Sebab tu kottt. 

Dear anak,
Sebab awak ibu sanggup lalui semua ni tahu? No matter what! So, u also have to survive too. Sama sama k. I love u. We love u. Sila membesar dengan sihat dan sempurna ok. Nanti kita jumpa. InsyaALLAH.

Syukur Ya ALLAH atas segala nikmat, rezeki, kurnia yang Engkau bagi selama ni. Segala yang aku mintak semua Engkau bagi. I couldn't ask more. Ini pun dah cukup lebih. Syukur sangat sangat. Alhamdulillah. Rezeki Ramadhan 2013.



Sincerely,
Si bakal ibu. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment