Thursday 22 August 2013

Perihal Raya 2013

Assalamualaikum.
Bismillah.


Baru nak cerita pasal raya walaupun hari ni dah berapa syawal ntah. Takpe la. Better late than never. Gittewww. Haha. Raya tahun ni jom kita balik kampung iolss dulu! Haha. Takde la. Balik mana mana dulu pun ok tapi disebabkan raya ke-3 sepupu Incik ada majlis sambut menantu kat K.T, maka ayuhlah kita balik rumah iolss dulu. 

Tapiii raya tahun ni tak best sangat sebab ramai yang takde raya pertama. Semua pakat balik rumah mertua. tinggal anak anak perempuan Umi je yang ada kat kampung. Petang raya pertama baru ramai dan raya kedua abang abang baru balik. Takpe la. Raya jugak kan. Vogue jugak kan. Hahaha. Tapi best sebab jugak sebab suami dah ada. Suka lah! Tahun tahun sebelum ni beraya sebagai single mingle around je kan. Ada suami lagiii best. Hehe.


Umi bersama 3 anak perempuan beliau

K' Da dan anak anak; Kauthar, Khazim, Khaliff

K' Ni dan anak anak; Eka, Adib, Aqil, Damia

Sayewww dan suami dan anak dalam perut. Hai anak!



Dalam tengahari macam tu kami pegi rumah Poksu Awie. Adik arwah bad paling bongsu. Duk kat Pasir Puteh. Balik dari rumah Poksu Awie berenti Masjid Kayu / Masjid Ulul Albab kat Seberang Jerteh. Amek gambar barang sekeping dua. Time nikah hari tu kan tak dapat amek gambar kat sini. Time raya pun boleh lah. Haha.

Gambar berkumpulan 1

Gambar berkumpulan 2

Ehemmm

Umi dan iolss

Petang sikit pegi raya rumah Piji (kawan sekolah rendah iolss+kawan sekolah menengah Incik). Tapi takde gambar. Hewhewhew. Lepas tu pegi rumah my bff Ida kat Kg.Baru kat area Kuala Besut (kot).

Ida dan iolss

Balik rumah je ramai yang ada. Haha. Siap ada yang tak sempat nak jumpa lagi. Takpe laa. Lainkali jumpa InsyaALLAH. 

Tamat entry untuk raya pertama.

Raya kedua, kami pegi umah K'Ze. Juga tiada gambar sebab sibuk makan kue teow goreng. K'Ze ni popular dengan kue teow goreng dan popia goreng beliau. Sedap sedap. Hehe. Makan aje kan? Takpe lah. Untuk anak jugak. Haha. #alasan kukuh


Sumber: Facebook
Fyi, baju itu adalah baju akad nikah kami. Nasib baik muat lagi. Haha #tipjimat

Lepas pegi rumah K'Ze, jom kita seang rumah sepupu pulaks. Juga tiada gambar sebab sibuk cakap cakap. Sepupu a.k.a Long ada buat roti jala tapi iolss tak makan sebab dah kenyang sangat makan kat rumah K'Ze. Plan nak pegi rumah Amin Mat+Moksu Yah tapi dorang takde kat rumah. Maka beraya rumah Long jela. Pastu terus balik rumah sebab Incik nak balik rumah solat jumaat. Lepas jumaat pegi rumah Abang Awie nak lunch kat sana (padahal depan rumah Umi je pun) Haha. K'Ros kakak ipar buat nasik beriani yang amat tt sedap. Juga tak amek gambar sebab sibuk makan. Haha. Incik pun puji K'Ros masak sedap. Siap tambah tambah lagi nasik. Suka iolsss Incik makan banyak. Haha.

Petang balik Dungun. Sampai dalam pukul 630pm++. Pegi raya umah tokyah terus sebab Mak dengan Cik Li dengan Cik Mah baru sampai dari Melaka. Cik Li ngan Cik Mah pakcik ngan makcik Incik yang duk Ampang. Raya raya rumah Tokyah, balik, siap siap pastu terus pegi raya rumah Cik Pa ngan Cik Ana, rumah Sumah ngan Poksu. Suma ni pakcik ngan makcik Incik. Discuss pasal nak pegi rumah Che Ngoh ngan Pakcik Khalid/Kholid esok pagi sebab dorang ada buat majlis sambut menantu anak dorang;sepupu Incik. Siap bincang(bukan bincang pun sebenarnya. Banyak gelak, mengarut), kitorang balik rumah. Iolss pun dah penat sebenarnya. Balik rumah rehat rehat dan tido.

Raya ketiga, pepagi siap siap pegi rumah Che Ngoh kat Kg Mengabang Tengah, K.Terengganu. Iolss tak banyak tolong pun. Banyak makan dannn amek gambar je lebih. Segan pun ada tapi tak tahu nak tolong apa sebenarnya. 

Ehemmm..lagi

Iolss dan adik adik ipar. Baju sama sebab memang beli sama sama. Haha. Dannn baju baju ni semua mak mertua iolss yang jahitkan. Tq Mak!! 

Petang dah setel majlis kitorang pegi Marang. Pegi beraya rumah sedara mara Incik belah arwah ayah. Malam baru sampai Dungun. 

Raya keempat, pagi tu kitorang pegi beraya rumah kawan arwah ayah. Sebuah rumah je sebab sebuah lagi rumah macam takde orang. Bukan macam, memang takde orang. Hehehe.

Tengahari lepas Zohor kitorang balik K.L dahhh. Huwaaaa. Tak best! Kuih raya pun tak makan banyak lagi. Nasib baik SIL ada tapawkan kuih raya sebalang+rempeyek separuh plastik. Mak pun tapawkan nasik ngan lauk lauk untuk kitorang. Bertolak dam pukul 230pm sampai K.L dalam pukul 9pm++. Jammed kat Bentong/Karak tu. Iolss tak tahu dari mana start jammed sebab tido. Haha.

Sampai rumah Incik nak makan makanan yang Mak tapawkan dan iolss dah mula rasa tak sedap badan. Siapkan makanan Incik dan buatkan shake untuk kiteww. Dah siap telan shake nak g mandi kiteww pun muntah. Hewhew. Bajet tak pregnant perut tak masuk angin. Last last muntah sebab tak makan benda benda berat dari tengahari. Hai anak, awak memang nak ibu awak makannn je kan? Terima kasih ye anak! Hahaaa. 

Okla. Tu je nak cerita. Sila membesar dengan sihat dan sempurna ye anak! See you soon sayang. InsyaALLAH.



Sincerely,
Si bakal ibu. InsyaALLAH




No comments:

Post a Comment