Thursday 12 September 2013

Check up

Assalamualaikum.
Bismillah.

Untuk pengetahuan semua, iolss pergi check up di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam.
Hari ni dah pergi check up untuk kali ke-3 tapi check up yang 1st ngan yang 2nd takde pulak nak cerita kat blog. Haha. Ok2. 1st check up iaitu pada 27 August macam biasa la untuk first timer mestilah blur yang amat. Mana nak tahu nombor giliran kena amek dua keping. Kaunter memana tanya nurse padahal kaunter sebelah je pun. Biasalah blurrr. Haha.
1st check up nurse cakap HB dalam badan rendah. 10 out of 11. Beliau bagi list makanan yang akan tambah HB. Boleh dikatakan semua dalam list iolss makan/minum except hati dan susu. Tak boleh. Memang tak boleh. Tapi susu tu iolss ada la campur dengan milo. Dah mula berjinak jinak walaupun bukan minum hari hari. Tu pun dah kira ok tahu. Tak boleh nak minum susu kosong macam tu je. Tak boleh! Hati ayam memang langsung tak makan dari kecik sampai ke muda ni. Haha. Tapi takpe sebab makanan yang lain yang ada dalam list tu semua iolss makan. Takde hal laa. Hehe. Nafsu makan iolss pun sudah tak dapat dibendung lagi. Berat masa 1st time check up 56kg. Pastu dah settle semua iolss terpaksa minum air gula sebab arwah bad ada kencing manis dulu. Maka set appointment 2 Sept kena pergi klinik lagi sekali untuk minum air gula. T . T

2 Sept pergi klinik untuk minum air gula. Bukan buat check up. Datang pukul 730 am++ amek nombor. Pastu biasalah dah sampai klinik mesti nak pergi toilet. Balik dari toilet duduk je tunggu nama dipanggil tapi takde pulak panggil panggil kan. Bukan nak buat check up pun. Pergi kaunter tanya ada panggil nama iolss ke tak. Rupanya dah 3x panggil. Haha. Iolss pergi toilet mana nak dengar. Masuk bilik no 22 nurse tanya ada puasa ke tak. Iolss cakap la puasa. Beliau tanya lagi ada minum air ke tak (sebab dia nampak bekas air iolss letak atas meja). Iolss cakap ada sebab kat kertas appointment tulis kena puasa KECUALI boleh minum air kosong. Rupanya tak boleh jugak!! Puasa maksudnya puasa sebenar benar puasa tahu?? Tapi iolss mana nak tahuuu. Huhu. Nurse amek darah sebelum minum pastu kena puasa lagi 2jam. Sementara tunggu 2jam tu iolss pergi check gigi. Kat tingkat atas klinik tu je. Walaupun orang tak ramai tapi tahap menunggu dia tahap gaban dewa. Lama gilaa. Iolss ingatkan dah tak sempat. Nasib baik sempat check bagai. Gigi iolss ok jah! Haha. Tapi ada la tanya doktor pasal gigi/gusi berdarah suma. Small matter doc cakap. Takpe je. Haha. Iolss je rasa takut sebab berdarah kan tiap kali gosok gigi. Hewhew. 
Dah cukup 2jam masuk bilik 22 tu nurse amek darah lagi sekali. Huwaaa. Tak tahan laa. T___T
Pastu dah settle suma nurse cakap dah boleh balik. Dia takde pulak cakap pasal result suma. 'Maybe time next appointment kot baru dia cakap kot.' Kataku dalam hati. Tak tanya pun nurse. Haha

5Sept dapat call dari Klinik. Nurse tanya lepas minum air gula hari tu ada muntah muntah ke tak. Iolss cakap takde. Dia tanya time kena tunggu 2jam tu puasa ke tak, ada balik rumah buat kerja berat ke tak. Semua takde sebab iolss kan duk kat klinik je untuk buat check up gigi. Nurse cakap result iolss pelik sebab bacaan before minum air gula ok tapi bacaan lepas minum air gula turun. Nak kata iolss tak puasa iolss puasa je (except minum air kosong tu la kan). Tapi kalau nak kata minum air mestila bacaan sebelum minum air gula tu dah turun dah kan. Masalahnya bacaan sebelum ok tapi bacaan selepas yang tak ok. Pelik jugak. Makanya ayuhlah kita minum air gula lagi sekali. Nurse cakap doc tak puas hati dengan result iolss. Aiii doc, awak takpe la tak kena minum, iolss yang kena minum ni dah tak tahan nak tanggung. Wuu

10Sept datang buat check up dan datang untuk minum air gula..lagi sekali. Kali ni iolss betul betul puasa. Start pukul 10 malam tu memang dah tak minum/makan suma. Esoknya datang klinik awal sebab kena minum air gula tu awal kan. Nanti nak kena tunggu 2jam lagi nak amek darah lagi sekali. Sampai klinik awal. Orang dah penuh luar klinik tengah beratur nak masuk sebab klinik pun tak buka lagi. Haha. Iolss pun ikut semangat datang klinik awal awal. Dah amek nombor bagai dah cakap kat kaunter kena minum air gula and takde appointment tapi pekerja kat kaunter tu suh duduk gak cakap nak panggil nama. Masalahnya iolss mana ada appointment. Mana nak ada nama kat appointment air gula tu. Adoiii. Tunggu kejap pastu macam dia dah panggil nama nama orang yang kena minum air gula tu sampai la iolss nampak sorang nurse ni bawak masuk kad pink tu dekat tempat nak check berat/tekanan darah semua iolss pegi cakap nama iolss untuk minum air gula takde panggil. Cerita la pulak deal by phone suma. Amek buku pink pastu baru iolss pegi bilik 22 tu. Tunggu pastu nombor iolss dipanggil. Masuk masuk rupanya nurse nak tanya kenapa kena minum air gula lagi sebab nama takde. Cerita la sekali lagi kat nurse tu. Wuu. Sesi bercerita sajo pada hari itu. Dah settle minum air gula secara one shot! *dahaga kottt* (Tahniah!!) bagai pergi buat check up pulak. Berat iolss sekarang 57.2kg. Kihkih. Asyik lapar+makan mana berat tak naik kan. Hehe. Takpe la nak. Asal awak sihat dan sempurna yee. *alasan anak lapar* Weee

Jumpa nurse dalam bilik dia cakap HB iolss turun lagi. Sekarang 9.8 out of 11. Wuuu. Dia tanya iolss ada minum kopi/teh? "Takkk" Tanya ada minum susu? "minummm". Hee. Padahallll.... Tapi list yang dia bagi tu iols makan je. Pastu dia suh makan ikan bilis hari hari sebab senang HB nak naik kalau makan ikan bilis hari hari. Buah pun dia suruh makan banyak banyak. Baiklah nurse! Baiklah! *tapi sampai hari ni iolss tak goreng pun lagi ikan bilis tu. Huu. Tak sempat laaa. Tak ingat jugeee. Tapi buah iolss makan hari hari.* 

Settle sudah untuk check up, tunggu untuk amek darah untuk tahu result. Nurse dah cucuk nak amek darah tapi tetiba urat hilang pulak. Terpaksa la cucuk lagi sekali. Iolss dah la tak pernah tengok nurse tu cucuk macam mana.   Siap tolong nurse bacakan bismillah. Siap bagi idea tukar tangan kanan. Haha. Pastu sekarang tak jumpa urat pulak. Ok lagi pastu iolss rasa tangan iolss pedih. Makanya sesi menangis sorang sorang dalam kereta bermula sebab sakit+pedih pedih kat lengan. Wuuu
Nurse cakap kalau result tak betul lagi nanti dia call. Mintak mintak takde dah call dari klinik lepas ni nak cakap result tak best. Iolss cakap kat nurse cukupla 2x minum air gula ni. Nurse cakap 3x lagi afdhal. Ehemm nurse. Manis kottt. Cubit nak??! Haha.

Okla. Tu je nak cerita pasal check up. Anak hari ni dah 12w5d. Perut iolss takde la nampak sangat. Just a small bump. Hehe. Bila nak nampak ni?? Incik suh iolss tanya nurse berapa bulan baru perut nampak. Auuwww. Malu la nak tanya nurse. Tanya kakak kakak ngan kawan kawan la. Hehe. Anak, ni yang ibu amek time awak dalam perut ibu tau.


Herbalife ^ _ ^

Dear anak, awak dah 12w++. Sila membesar dengan sihat dan sempurna ye anak. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah juga. Nanti kita jumpa ye. InsyaALLAH. 

Just saying - Proses mengandung ni betul betul banyak menguji kesabaran dengan persekitaran sekeliling dan dengan manusia juga. Banyak kali bersabar dan InsyaALLAH akan terus bersabar sebab ramai orang cakap anak akan ikut perangai ibu time dia dalam kandungan. Mood ibu pun kena selalu happy dan kalau ada orang buat kita tak happy/sakit hati jangan amek kisah. Kena bersabar banyak banyak. Iolss dah la sensitif lelebihh. Sebelum pregnant sensitif time pregnant lagiii bertambah sensitif tapi SABARRR. Semoga anak pun sabar dan baik ye. InsyaALLAH. ;)



Sincerely,
Si bakal ibu.



No comments:

Post a Comment