Nampaknya kami main balas-balas pantun blog. Alhamdulillah. Bernyawa sikit blog ni kalu sesi balas membalas ni diteruskan.
Ok. Next entry pasal HIV Test.
HIV TEST (1 Feb 2013)
Hari ni kami pergi buat ujian HIV!! Kalau tanya perasaan saya
harusslah saya berdebar-debar. Tak tahu apa masalah saya berdebar-debar nak
tahu result. Pikir macam-macam. Adoii. Incik cuti hari ni (K.L cuti ape ntah)
so, kami decide pergi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Shah Alam. Incik datang
Shah Alam of course! Saya kerja la hari ni :)
Time lunch keluar kejap pergi klinik. Sesampai je kat klinik ramai rupanya
couple yang tengah isi borang test. Hee. Bukan kami je la yang nak kawen kan?
Siap isi borang segala. Perempuan dia akan bagi 2 borang tahu. Satu borang HIV
satu lagi Saringan Status Kesihatan. Tanya pasal penyakit, berat, tinggi, sejarah
penyakit keluarga etc. Kita yang akan pregnant nanti kan? So banyak la benda
yang nak kena isi segala. Tunggu nombor kita dipanggil untuk buat bayaran. RM1
sahaja kawan-kawan. Haha.
Tunggu dalam setengah jam macam tu kot nama kita
dipanggil untuk test. Test kejap je! Aku berdebar dari minggu lepas kau nak
buat test kejap je?? Amek darah sikit terus suruh keluar? Apakah? Tapi what do
you expect ros? Nak suruh orang buat kaunseling dulu ke untuk orang darah
gemuruh macam kau? Takdenyee. Kerja diorang banyak lagi. Waaa. Sian saya abang-cucuk-darah-sikit-je. Saya overthinking. Macam biasa. LOL. Betul la kata orang (jangan tanya orang mana,saya pun tak tahu), expect less accept more. Tunggu kejap terus
dapat result. Saya dan Incik LULUS! So, kami dah boleh kawen! Yeayyy *gedikk. Perasaan berdebar-debar tadi dah hilang entah kemana. Tak jumpa dah.
Haha.
Incik's
Mine
Ok. HIV Test sudah lulus! Jom la kita tawennn. Eh? Haha. Tak-tak. Tunggu 31 May ok.
Nanti update lagi. Tata
Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.
No comments:
Post a Comment