Tuesday 21 May 2013

Perihal Baju Kawen kaler Wwoorennn.

Assalamualaikum.

Wah! Dalam masa beberapa jam pun dah boleh post! Ini sungguh luar biasa. Haha. Tetapi jangan excited sangat. Memang time ni takde keja dan mood nak update berlipat kali ganda so, ayuh salahkan mood rajin. Hehe.

Ok. Next mari kita bercerita mengenai baju kawen. Saya buat baju kawen dengan Ezuwan Ismail sebabbb saya nak baju colour oren dan Manja takde baju pengantin colour oren. Dan dah pergi tengok kat tempat Manja. Kot-kot la ada colour yang kita berkenan kan? Tapiii nan hado! Takde pun colour yang berkenan. Dasar! Cakap jela nak colour oren jugak. Ni nak beralasan segala. 

Soalan pun datang bertubi-tubi tanpa ditapis: 
1. Kenapa buat dengan Ezuwan Ismail? 
2. Kenapa mesti dia? 
3. Mesti mahal ni buat dengan Ezuwan ni. 

Jawapan datang dengan tapisan: 
1. Eh kau! Suka hati iolss la nak buat dengan sape pun. Iolss rapat, bff dengan dia. Sibuk pehall?? Haha. Tak-tak. Sebab Manja lah! Manja yang suruh buat dengan Ezuwan ni. Dia yang deal dulu. Kami hanya follow selepas perbincangan panas diadakan. Kami dapat pun yang dah suam-suam la kira. Hehe.
Next!
2. Dah jawab kat atas rasanya.
Next! Next!
3. Ni pun kira soalan ke? Takde tanda soal pun. Ok, saya kira ini adalah soalanlah. Tak tahu mahal ke tak. Kami buat sewa beli. Maksudnya saya bagi design/colour dan sebagainya, Ezuwan design, buat dan siap, saya pakai hari sanding dan baju tu akan jadi hak milik Manja sepenuhnya selepas majlis. Kiranya saya orang pertama yang pakai baju tu. Saya hanya bayar separuh dari apa yang Ezuwan jual kat Manja. Paham atau paham? 

Ok, sambung.
 
Hari tu (28 April 2013) dah pegi 1st fitting. Baju dah siap cuma tak letak beading/lace/manik etc. Pegi ukur badan je la. Tu pun saya dah berdebar sangat sebab takut baju tak lawa. Yela kan. Colour oren. Siap Ezuwan ni cakap tak pernah lagi orang buat oren. Haha. Saya main redah je pegi buat colour oren. Nampak gak si Ezuwan ni buat muka. Haha. "Cantik tak cantik nasib ko la kan? Aku dah design/dah buat/dah jahit baju ko pun kira satu rahmat tahu?" Kata Ezuwan Ismail di dalam hati beliau. Haha. Takde laa. Saya hanya bergurau.

Masa first time jumpa nak design baju, tunjuk design, dia ada la tanya berkali-kali betul ke nak colour oren. Haha. Tak percaya barangkali. Tapi dah iolss nak colour tu jugak uolss. Mana berani dia nak cakap lebih. Kahhh (gelak tak habis). Takde laa. Entah. Diriku terasa colour oren boleh buat diri ini confident lebih. Saya pernah terbaca kat mana entah, kalau kita nak best datang kerja hari Isnin kan, try pakai baju yang colour citrus. Contoh oren/kuning. Mesti confident lebih sikit. Maka tidak terjadilah 'Monday blues'. Kihkih. Petua ni. Jangan main-main dengan petua iolss. :)

Ezuwan ni senang sangat deal dengan dia. Baik. Layan semua orang baik-baik aja walaupun beliau adalah seorang yang ada nama di persada fesyen. Wah! ayat kau nak manis ajo. Siap ber'beliau beliau' lagi. Dah kenapa?? Haha. So, kita pun takde la macam kekok sangat nak bergurau senda (di hari raya) kan. Siapalah kiteww nak dibandingkan dengan dieww. Hanya pungguk rindukan bulan. Eh? Betul ke perumpamaan tu. Sesuai ke dengan keadaan tu? Main tulis ajo. Random.

Second fitting.
Adalah jatuh pada 12 May 2013. Haha. Macam pengisytiharan mohon besar raja-raja nak umum raya pun ado. Maaflah! Hari ni kami pegi fitting untuk kali kedua. Yeayyy! Manik dah letak! Beading dah letak! Lace dah letak! Ayuh kita lihat apakah yang bakal terjadi nanti! Yeayy. Yeayyy! Padahal dalam hati berdebar macam ape je. Yela kan? Mana  la tahu baju tu tak cantik ke hape ke. 

So,ayuh kita!
Dah fitting segala. Oklah baju tu. Cantik. Tapi kan..tapi kan.. tapiii. Saya nak lace dan sebagainya colour dark grey. Dia buat macam silver/white sikit.  Bila saya try, saya rasa macam saya ni nampak gemuk. Beading segala macam tak 'penuh'. Paham tak? Entahlah. Adakah ini perasaan ataupun perasan? Entah. Tapi oleh kerana malas nak fikir maka saya hanya pasrah. Wuuuu. Maka watak Incik pun muncul lalu berkata " Ok je. Takde pape. Ok la tu". Sedapkan hati ataupun memang betul ok? Nak tahu kau lah tanya beliau. Eh?

Tapi overall ok lah! Malas nak fikir. Memang macam ni. Tak pernah nak puas hati kalau benda yang kita buat sendiri dan dapat hasil macam tu. Tak tahu nak expect macam mana sebenarnya. Hati ini memanglah! Biarkan 'dia'. Biarkan hati itu. Biar 'dia' berkata-kata sendirian. Wohoho. A.Samad Said dah muncul. Nasib tak buat sajak/puisi segala je. Lagi sikit nak keluar sajak segala tadi. 


                                                                     Teaser katanyaaa :D

Oklah. Dah tak tahu nak cakap apa. Tata 

Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.


No comments:

Post a Comment