Wednesday 22 May 2013

Perihal kasut sanding dan sebagainya

Bismillah. Assalamualaikum.

Selagi ada masa dan tahap kerajinan berada pada tahap maksima, selagi tu kita akan update blog. Sekian. Woraitt. Kali ni kita akan berbicara mengenai kasut sanding dan yang lain-lain jugee. 

11 May 2013, berbekalkan keazaman yang tinggi menggunung, kami telah berjaya pergi ke Berjaya Times Square dan IKEA *suka dan berjaya sangat kan! Pergi T.S semata-mata nak beli kasut for sanding dan mungkin boleh guna untuk akad nikah+outdoor+bertandang. Haa hamekk 4 event sekaligus. Jimat lagi (kot) disitu. Dah survey sebenarnya sebelum ni so terus pergi je kat kedai yang kitorang dah aim try-bayar. Senang dan mudah perempuan ni kan *senang sangatt! Harap-harap takde la ada orang yang jatuh tersungkur pakai kasut ni nanti. Mintak jauh. Nauzubillah. 


                                                        Cost RM99.90 for 4 events (maybe)

Dah beli kasut sanding? Dah! Dah berjaya? Dah! Apalagi, ayuh kita ke IKEA!! *sukaa. Kahhh (gelak tak habiss). Tujuan ke IKEA sebab nak beli frame untuk letak kat pelamin. Nanti insyaALLAH kat pelamin kitorang akan ada banyakk gambar. Haha. Semua tu saya serahkan kat Manja. Nanti dia uruskan mana nak letak gambar-gambar tu. Yang saya tahu beli frame+cuci gambar+letak gambar. Yang lain; Manja kan adaa. :P


  Paling suka tier tu. Polka dot pink uolss :D

Balik dari IKEA saya dan bakal SIL mengidam kek IKEA tapi malangnya orang kat IKEA ni tak pernah nak sikit kat food court dia. Kami tak tabah nak beratur semata-mata nak beli kek. - -“. Hajat terpaksa dibatalkan demi kesejahteraan bersama. Dengan tidak semena-mena bakal SIL terkeluar perkataan nak makan waffle! Dan dengan tidak semena-mena saya pun mulalah teringin jugeee. Takde kat Curve. Gigih ke One Utama untuk makan waffle semata-mata. Tak pernah jejak kaki ke One Utama maka hari ini itu dalam sejarah saya ke One Utama. Makan,siap dan tetiba ternampak satu kedai ni – A Material!!..  Kedai ni best macam Typo. Hoho. Kenapa kedai ni yang saya jumpa? Kalau jumpa maka mahu beli. Bila beli duit takde la. Tapi apa ahku pedulik! Terjadi la tindakan luar kawal pergi beli benda ntah pape-mengarut-menghabiskan duit ni *sigh. Perempuan inih! Beli ni bukan sesaja tahu? Mesti la ada tujuan dia. Tujuannya nak letak kat meja Guest Book. Nak letak kat board yang beli kat IKEA. Nak letak kat frame. Macam-macam nak. Kita tengoklah nanti macam mana rupanya. Beli je dulu. Haha.



Cost Rm20++. Macam ni pun 20hengget??!!

Oklah. Misi kali ni berjaya! Kalau rajin japgi update lagi. Wahh!. Tata

p/s: Incik buat sendiri gubahan mas kawen?? Incik ni biar benar? Tapi kalau buat sendiri saya akan nangis terharu. Btw, nak yg no.4 eh. Dua hati menjadi satu katanyaaa. Auwww. How sweet!


Sincerely,
Si cantik manis disukai ramai.

No comments:

Post a Comment